CEO FGV Datuk Arshad dan CFO Ahmad Tifli diberi surat tunjuk sebab oleh Lembaga Pengarah…

Genap seminggu selepas diarah bercuti serta merta oleh Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) kepada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO), Ahmad Tifli Mohd Talha…Selasa mereka telah diberi surat tunjuk sebab yang perlu dijawab dalam tempoh tujuh hari.

Mereka bersama dua lagi pegawai tinggi FGV diarah bercuti serta merta itu untuk membolehkan siasatan audit dalaman berhubung hutang tertunggak Safitex Trading LLC dengan Delima Oil Products Sdn Bhd.

Lembaga Pengarah FGV telah memaklumkan kepada Bursa Malaysia mengenai pengeluaran surat tunjuk sebab berkenaan Selasa.

Difahamkan biasanya bila surat tunjuk sebab dikeluarkan ia bermakna 'ada kes' yang kuat terhadap mereka.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, FGV berkata Zakaria dan Ahmad Tifli turut diberi tempoh selama tujuh hari bermula hari ini untuk mengemukakan jawapan bertulis membabitkan dakwaan yang disenaraikan dalam surat tunjuk sebab berkenaan.

Mereka juga akan terus bercuti sehingga mendapat notis selanjutnya daripada Lembaga Pengarah FGV.

Kenyataan berkenaan tidak menyatakan mengenai Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan CEO FGV Trading, Ahmad Salman Omar yakni dua lagi yang turut bercuti serta merta.

Semasa diarah bercuti serta merta mulai Selasa lalu Arshad menegaskan beliau tidak akan letak jawatan kerana dakwa tidak lakukan apa-apa kesalahan.

Beliau juga telah memberi keterangan kepada SPRM mengenai beberapa perkara dalam urus tabur FGV.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana