Cemas Giler!!!!! Gambar penumpang MH128 yang ‘buat gila’ dalam penerbangan Melbourne-KLIA

 Ini adalah gambar penumpang pesawat MAS yang ‘ buat gila’ sehingga penerbangan MH128 terpaksa berpatah balik ke Melbourne,Australia Rabu malam.

Penumpang warganegara Sri Lanka itu tertirap atas lantai dengan tangan berikat selepas berjaya ‘ ditumpaskan’ oleh anak kapal dengan bantuan penumpang.

Pesawat jenis Boeing A330  itu terpaksa berpatah balik ketika 25 minit di udara setelah berlepas dari lapangan terbang Tullamarine menuju ke KLIA gara-gara gelagat penumpang berkenaan.

MH128 berlepas jam 11.11 malam Rabu waktu Melbourne dan sepatutnya mendarat di KLIA jam 5.28 pagi Khamis.

Kalangan penumpang pesawat itu memberitahu sewaktu awal lelaki itu yang dipercayai mabuk buat gila keadaan agak menakutkan.

Ini kerana dia ada mengeluarkan kata-kata 'hendak letupkan pesawat ‘ semasa mundar mandir termasuk dekat kawasan kokpit pesawat itu.

Lagi pun dia kelihatan seperti ada memegang satu bungkusan ( yang kemudian didapati adalah power bank).

Suasana kecoh timbul diselubungi jerit menjerit bila anak kapal cuba mengawal tindak tanduk lelaki itu sebelum beberapa penumpang lain meluru membantu.
Menurut seorang penumpang sekitar 10 minit pesawat itu berlepas dia terdengar seseorang kata dia hendak pergi jumpa juruterbang.

Anak kapal telah tegahnya dan meminta dia duduk.

Sebaliknya lelaki itu tidak mahu duduk dan kata dia nak letupkan pesawat.

Ini terus mendorong anak kapal teriak minta bantuan.

Selepas mendarat balik di lapangan terbang Melbourne pesawat itu diletakan di satu kawasan terasing ketika pihak berkuasa Australia ambil langkah keselamatan.

Pesawat berkenaan berada di situ selama sekitar dua jam sebelum para penumpang dibenarkan turun.

Sebelum itu beberapa anggota pasukan khas polis beruniform dan bersenjata lengkap memasuki pesawat dan menahan lelaki itu.

Jurucakap polis di situ mengesahkan kepada wartawan lelaki yang buat hal itu ialah seorang warganegara Sri Lanka.

Katanya dia mempunyai rekod sakit mental.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana