CALON PM, CALON PRESIDEN TURUT MENJADI REBUTAN PAKATAN HARAPAN

Bukan sahaja dari logo parti, calon Perdana Menteri serta pembahagian kerusi, jawatan Presiden Parti pula menjadi rebutan di dalam Gabungan Pembangkang.

Memetik laporan yang dilaporkan theMalaymailonline semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak mahu PPBM mendominasi jawatan Pengerusi dan Presiden Pakatan Harapan.

Katanya perkara ini tidak wajar tambahan pula parti itu baharu sahaja menganggotai Pakatan Harapan.

“Saya tidak akan setuju jawatan Pengerusi dan Presiden daripada pemimpin PPBM, jawatan itu perlu disandang oleh pemimpin lain.

“PPBM perlu melakukan perundingan dengan parti-parti lain. Saya tidak akan setuju jika kedua-dua jawatan itu dalam kalangan pemimpin PPBM,” katanya

Minggu lalu, portal berkenaan turut melaporkan PPBM yang hanya berusia tidak sampai setahun telah menamakan Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memegang jawatan Pengerusi dan Presiden Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

PPBM turut mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Pakatan Harapan manakala Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Pengerusi; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presi­den Pakatan Harapan) selain Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu masing-masing sebagai Naib Presiden.

Guan Eng bagaimanapun berkata, Dr. Mahathir boleh diberi keutamaan dalam Pakatan Harapan berdasarkan pengalaman beliau selaku bekas Perdana Menteri.

Namun, Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut menegaskan bahawa DAP dan parti-parti lain dalam pakatan tersebut masih menyokong Anwar sebagai pilihan Perdana Menteri dan bukannya calon pemimpin PPBM.

“Kita masih menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri. Beliau masih relevan,” katanya.

Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment