Bulan Ramadan Digunakan Pembangkang Untuk Hentam BN Dan Kerajaan

Sementara umat Islam menggunakan bulan Ramadan tahun ini untuk beribadat, pakatan pembangkang menggunakan bulan ini untuk betul-betul cuba mencari nyawa dengan menghentam kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Barisan Nasional (BN) dan umat Islam secara membabi-buta.

Dalam bulan Ramadhan mereka tiba-tiba menuduh Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ada menerima wang RM9.5 juta dari Najib sumber dana syarikat SRC International Sdn Bhd berasaskan artikel di Sarawak Report (SR) yang ternyata tidak benar.

Ketika ini juga, Ahli Parlimen PKR Subang, R Sivarasa berkelakuan biadab dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila mengadakan program politik di dalam masjid di sana sehingga menyebabkan Tuanku murka. Sivarasa hanya membuat penjelasan melalui surat dan tidak menghadap baginda pun.

Dalam bulan Ramadan juga, ada satu majlis berbuka puasa yang diadakan khas untuk golongan yang menyokong amalan seks songsang diadakan di Bangsar, dianjurkan oleh Kempen Pelangi yang diketuai oleh pemimpin DAPSY, Numan Afifi. Budaya Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) tidak diterima oleh budaya Islam di Malaysia tetapi bagi mereka ia dibolehkan biarpun bakal mencetuskan kemarahan umat Islam.

Selepas itu beberapa pemimpin DAP, diketuai Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong menaikkan kemarahan orang Islam di sana apabila cuba masuk ke dalam bazar Ramadan walaupun dilarang oleh penjaga kawasan itu dengan alasan untuk mengagihkan kurma.

Mereka sengaja melakukan perkara sedemikian sebagai provokasi kepada orang Melayu khususnya orang UMNO. Padahal, mereka sebelum ini pada tahun 2011 mahu bazar itu ditutup dan dipindahkan.

Akhir sekali, kemahuan DAP di Pulau Pinang untuk menjadikan negeri itu sebagai sebuah Bandar Kristian mencerminkan betapa para penyebar agama itu di negara ini mempunyai niat yang lain juga mencetuskan kemarahan umat Islam.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam merupakan agama Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas di mana-mana bahagian di dalam negara ini. Bagi DAP, mereka hendak memperkasan Kristian seperti ia adalah antara agama utama di negara ini cuba membelakangkan Islam.

Lihat bagaimana mereka kini semakin jahat tidak menghormati langsung bulan Ramadan tetapi terus menabur fitnah dan melakukan provokasi untuk memburukkan keadaan di dalam negara.

Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad juga yang beragama Islam pada bulan puasa tidak langsung berhenti memfitnah menghormati Ramadan sebaliknya terus membuat pelbagai tuduhan lagi ke atas pemimpin negara melalui portal yang tiada kredibiliti, iaitu SR.

Kalau bulan Ramadan pun jadi mainan politik untuk mereka, apatah lagi pada bulan-bulan lain. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana