Buku Hannah Yeoh campur aduk agama-politik, berlawanan dengan pendirian DAP, kata pensyarah UUM

SHAH ALAM: Seorang pensyarah yang mendakwa Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh cuba mempengaruhi rakyat Malaysia kepada Kristian dalam autobiografi peribadinya berkata beliau adalah mangsa hiprokrasi DAP.

Menerangkan kontroversi itu daripada pihak beliau, pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Kamarul Zaman Yusoff berkata, beliau tidak pernah berniat memulakan peperangan dengan DAP.

Malah beliau juga tidak menjangka analisis akademik peribadi mengenai buku Yeoh yang bertajuk “Becoming Hannah: A Personal Journey” boleh menyebabkan beliau menjadi sasaran serangan peribadi oleh parti pembangkang itu.

“Semua pihak menyalahkan saya kerana memulakan kontroversi ini,” kata beliau kepada FMT.

“Tetapi pada mulanya, saya hanya menukilkan pendapat peribadi saya mengenai buku Hannah yang kemudian saya muatnaik kepada laman Facebook peribadi saya.

“Tulisan itu kemudian dimuat turun oleh orang lain yang menularkannya.

“Dalam artikel itu, saya tidak memberi tekanan terhadap apa-apa mengenai agenda Kristian. Saya hanya menyentuh pendirian tidak konsisten DAP mengenai sekularisme,” tambahnya.

Dalam artikelnya, Kamarul berkata Yeoh dalam buku autobiografinya telah mencampuradukkan politik dengan agama yang berlawanan dengan konsep sekularisme.

Katanya, Yeoh menceritakan bagaimana beliau menggunakan kedudukan politiknya untuk mengembangkan agama Kristian dan mendakwa beliau menyeru penganut Kristian lain supaya menyertai politik bagi membina semula Malaysia dalam “bentuk Kristian”.

Ini, tambahnya, menunjukkan DAP memperjuangkan sekularisme hanya untuk mengusir Islam daripada politik dan tidak agama lain, seperti Kristian.

Kamarul berkata, beliau berharap Yeoh berbincang dengan beliau dalam debat berdasarkan akademik tetapi Yeoh, sebaliknya bertindak dengan membuat laporan polis terhadapnya pada 15 Mei.

“Adalah tidak logik untuk menyatakan tulisan saya memfitnah beliau dan ia mengancam keselamatan beliau serta ahli DAP kerana ia (tulisan itu) tidak ada pengaruh (ke atas sesiapa).

“Dan apa yang dikesalkan ialah banyak di kalangan mereka yang mengulas artikel berkenaan sama ada mengutuk tulisan saya dengan menyatakan ia bodoh, tanpa benar-benar membincangkan perkara sebenarnya atau lebih teruk lagi menyerang peribadi saya.

“Sepatutnya beliau (Yeoh) berbincang dengan saya secara profesional,” ujarnya.

Ini lebih-lebih lagi memandangkan DAP selama ini memperjuangkan kebebasan bersuara, tambahnya.

“Tetapi apabila saya menggunakan hak saya berdasarkan kebebasan ini, mereka membuat laporan polis terhadap saya, selain menyerang peribadi saya,” katanya sambil menambah pada 17 Mei beliau membuat laporan polis terhadap Yeoh mengenai usaha mengembangkan Kristian, adalah untuk mempertahankan dirinya.

Beliau tidak berganjak daripada laporannya, di mana beliau mendakwa Yeoh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) (a) Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1998 yang melarang menukarkan agama orang Islam.

Enakmen itu menyatakan seseorang melakukan kesalahan jika dia memujuk, mempengaruhi atau menghasut seorang Islam untuk "cenderung" atau "menjadi pengikut atau ahli" sesuatu agama bukan Islam atau untuk "meninggalkan atau menolak Islam".

"Tidak ada peruntukan yang mensyaratkan ada bukti bahawa orang Islam yang membaca buku itu bertukar agama akibat daripadanya," kata Kamarul.

"Namun itu bukan perkara utama. Apa yang penting ialah artikel pertama saya menunjukkan buku itu adalah bukti hipokrasi DAP, di mana parti itu mendakwa ia sekular, tetapi sebenarnya tidak."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana