Budi Seorang Perdana Menteri, Keluarga Diberi Kediaman Sempena Aidilfitri

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuatkan rakyat Malaysia terharu apabila memberikan bantuan kediaman dan perumahan kepada adik Sofea Qaisara Khuzairil, 5, dan ibunya Ummi Kalthom Ayub, 37, selepas beliau tersentuh melihat penderitaan yang dialami si kecil itu.

Kanak-kanak perempuan berkenaan menghidap penyakit Microcephaly, masalah penglihatan dan Dandy Walker Syndrom. Ummi Kalthom ada lagi seorang anak, Sofea Qalisya, 7,

“Ketabahan dan kecekalan seorang ibu tunggal membesarkan adik Sofea seharusnya menjadi inspirasi kepada kita semua.

“Saya telah melihat sendiri keadaan adik Sofea bersama ibu dan kakaknya yang tinggal di sebuah bilik kecil yang sempit dengan persekitaran yang tidak memuaskan,” kata Najib dalam laman Facebooknya, semalam.

Justeru, beliau telah memberikan bantuan dalam bentuk perumahan kepada keluarga berkenaan.

Perdana Menteri menghadiahkan sebuah unit kediaman di Pangsapui Putra Damai di Presint 11 di Putrajaya sebagai hadiah kepada mereka.


Lebih mengejutkan ibu tunggal berkenaan terkejut apabila setibanya di dalam unit pangsapuri berkenaan, Najib sudah menunggu mengalu-alikan kehadiran mereka dalam unit rumah yang dihias cantik dan dilengkapi perabot baru.

Memetik kata-kata wanita itu dalam laporan BERNAMA, beliau benar-benar kelu dan tidak tahu hendak berkata apa apabila menerima hadiah seperti itu.

“Saya tidak tahu nak kata apa-apa. Saya tidak sangka dan terkejut… ini merupakan hadiah paling istimewa Perdana Menteri kepada kami.

“Terima kasih. Tidak sangka kami mendapat rezeki ini. Allah sahaja yang boleh balas. Terima kasih semua,” katanya sambil mengalir air mata.

Najib pada mulanya bertemu Sofea Qaisara ketika bermah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada golongan kelainan upaya di Bazar Ramadan di Putrajaya pada 8 Jun lepas.

Pada 8 Jun lepas, Najib meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat terus menghulurkan bantuan sebanyak RM300 sebulan dan bekalan lampin setahun kepada Sofea Qaisara.

Ummi Kalthom kini bekerja sebagai pembantu operasi di myFarm Outlet, Putrajaya dengan gaji bulanan RM1,000. Kini beliau terpaksa membawa anaknya ke tempat kerja berikutan tiada orang menjaga mereka.

Ini adalah contoh keperibadian mulia Najib dan bukannya seperti sesetengah pemimpin pembangkang seperti yang seorang itu, beri kejutan di dalam bilik menunggu untuk mengadakan hubungan seks dengan pelacur dan juga meliwat.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment