BN Sarawak kekal 80 peratus MP untuk hadapi PRU14

Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mengekalkan tidak kurang 80 peratus daripada anggota parlimennya sekarang bagi pilihan raya umum ke-14, kata setiausaha BN negeri, Datuk Stephen Rundi Utom.

Ketika ditanya jika mana-mana penyandang melahirkan hasrat untuk tidak bertanding, Rundi berkata setakat ini tiada tetapi menambah bahawa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) biasanya akan mengemukakan beberapa muka baharu.

Rundi yang juga setiausaha agung PBB berkata BN Sarawak kini bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.

“Bilik jentera pilihan raya kita telahpun bersiap sedia,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Ketua Menteri Sarawak di sini malam ini.

Kepada soalan lain, beliau berkata calon BN Sarawak dipilih berdasarkan beberapa kriteria termasuk kad laporan mereka, maklum balas dari akar umbi dan populariti mereka.

Barisan Nasional negeri kini menguasai 25 daripada kerusi Parlimen di Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Abang Johari Openg baru-baru ini berkata BN Sarawak yakin dapat memenangi lebih 25 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment