Bila Ahli PKR Nak Letak Jawatan Di Kelantan?

KUALA LUMPUR: PKR mungkin akan membuat keputusan baharu berhubung kedudukan ahlinya yang dilantik dalam pentadbiran kerajaan Kelantan di bawah PAS, selepas laporan mereka masih kekal dalam jawatan masing-masing walaupun diarah meletakkan jawatan oleh PKR pusat.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata PKR pusat sedang berbincang dengan pemimpin PKR Kelantan, mengambil kira kedudukan kerjasama PAS dan PKR di Selangor walaupun kedua-dua parti tidak mempunyai hubungan rasmi lagi.

“Saya fikir kita melihat dinamika yang berlaku termasuk mahu melahirkan prinsip yang konsisten di negeri yang kita tadbir bersama,” katanya kepada pemberita ketika melawat mangsa kerosakan lif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi hari ini.

PKR pada 17 Mei lalu memutuskan supaya semua ahli lantikan politik dalam kerajaan Kelantan meletak jawatan, selepas PAS membatalkan kerjasama dengan PKR.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata keputusan berhubung kedudukan ahli PKR dalam kerajaan Kelantan akan dibuat minggu ini selepas mendengar pandanganwakil negeri.

“Kita akan keluarkan kenyataan tidak lama lagi berhubung perkembangan terbaharu kedudukan ahli PKR di Kelantan.“Setakat ini ahli PKR yang telah dilantik di Kelantan kekal seperti biasa namun tiada lantikan baru akan dibuat,” katanya.

Sabtu lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sehingga kini lantikan politik yang diberikan kepada PKR berjalan seperti biasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana