BIAR NEGARA HANCUR TIADA APA YANG SANGGUP DIBUAT, BIDAS TUN MAHATHIR

Cakap dengan macai nya boleh ler...ikut katanya.Semuanya itu pembohongan belaka....dulu cakap lain sekarang sudah cakap lain.Cakap tak giler kuasa habis....siapa yang giler kuasa sekarang ni Siapa Madey?

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu ketika ini sudah hilang semangat kebangsaan. – Foto Astro Awani

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata waktu ini berbeza dengan semangat orang Melayu ketika di zaman penjajahan.

“Saya membesar di zaman perjuangan melawan Malayan Union dan membebaskan negara daripada penjajahan British. Di waktu itu semangat kebangsaan sahaja yang mendorong saya dan kawan-kawan bergerak dan berkorban duit sendiri yang sedikit bagi menjayakan perjuangan.

“Tidak ada harapan untuk mendapat apa-apa balasan selain daripada tebusan maruah bangsa. Hari ini orang Melayu sudah banyak berubah. Bagi ramai daripada kita, sudah tidak ada lagi kesayangan kepada bangsa dan negara,” katanya pada catatan di blognya chedet.cc.

Pengerusi Bersatu itu berkata, semangat kebangsaan sering kali dicemuh sebagai perkauman dan orang Melayu malu jika bersemangat Melayu.

“Sekarang ini ramai yang tidak boleh menerima bahawa seseorang boleh sayang kepada bangsa dan negara sehingga sanggup korban keselesaan hidup diri sendiri. Sesungguhnya saya amat sedih akan kehilangan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu, tua dan muda.

“Jika tidak diupah dengan duit, pangkat atau jawatan, kontrak atau sebagainya biarlah negara hancur, tidak ada apa-apa yang sanggup dibuat untuk menyelamatnya. Jauh sekali daripada menghadapi sedikit risiko,” katanya.

Katanya lagi, bangsa Melayu akan gagal dan hilang dari muka bumi ini apabila budaya tersebut menggantikan semangat kebangsaan.

“Dalam sejarah manusia banyak bangsa yang sudah tidak ada lagi. Ada yang hanya tercatit dalam buku sejarah. Ada yang hilang sama sekali.

“Apakah buku sejarah pada masa depan akan tertulis di dalamnya.

“Maka di zaman dahulu terdapat satu bangsa dikenali sebagai Melayu, yang sudah pun hilang, kerana semangat bangsa luput diganti dengan ketamakan nafsu”, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana