Besar Belanja Parti Mahathir Hendak Beri Barangan, Ini Bukan Dedak? Kalau BN Semua DEDAK

Kata-kata Pengerusi parti bunga, Dr Mahathir Mohamad bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amalkan rasuah politik, rasuah pengundi dengan pelbagai perkara, beri itu dan ini, tapi nampaknya parti PPBM lebih teruk lagi dalam memberi rasuah kepada pengundi.

Heboh ketika ini di seluruh negara bahawa PPBM sedang membeli banyak barangan keperluan pelbagai jenis untuk diagihkan kepada orang ramai sebagai ‘dedak’ untuk ‘rasuah’ mereka supaya mengundi parti bunga dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Berguni-guni beras, susu, kain batik serta barang keperluan lain dilihat diisi ke dalam lori dan ia disimpan di dalam premis dengan bendera PPBM turut tergantung di dinding-dinding.

Dalam hal ini, hendak kata Mahathir apa? Sedangkan mereka dulu kutuk kata Najib dan Barisan Nasional (BN) beri dedak kepada rakyat dalam bentuk wang iaitu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelbagai lagi langkah lain dalam bentuk projek untuk kebaikan rakyat, di mata Mahathir itu dedak.

Biarpun Mahathir tidak memberikan bantuan atau apa-apa dalam bentuk wang ringgit tapi untuk menyediakan bantuan yang banyak sebegitu untuk diberikan kepada orang ramai.

Apakah yang diharapkan oleh sebuah parti politik apabila memberikan bantuan sebegini?

Pastinya mengharapkan undi kerana PPBM bukan parti kerajaan dan juga bukan parti dengan kerusi majoriti dalam Dewan Rakyat di Parlimen.

Parti itu hanya ada satu kerusi iaitu Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerusi Parlimen Pagoh.

Mustahil pemberian sebegitu besar adalah kerana kebajikan kepada rakyat kerana jika BN lakukan, undi tidak boleh dikira kerana sudah tanggungjawab BN sebagai kerajaan untuk membantuk rakyat yang memerlukan tapi BN tetap menjadi mangsa tuduhan tidak berasas pembangkang. – pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana