BERSIH 2.0 AKAN KUTIP DUIT RAKYAT UNTUK BUAT DEMONSTRASI JALANAN....JANGAN JADI BANGGANG LAH

Bersih 2.0 akan melancarkan kempen kutipan dana RM500,000 yang diperlukan untuk membiayai operasi mereka tahun depan.

Kempen itu akan bermula bulan ini hingga September.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya di 8 Avenue hari ini, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata kumpulan itu kini memiliki RM520,000 dalam akaun mereka tetapi duit itu akan kehabisan dalam masa 7 bulan.

“Tahun lepas, kami membelanjakan RM545,000 untuk himpunan dan konvoi Bersih 5, lebih RM50,000 untuk kos perundangan dan kira-kira RM30,000 untuk kempen mengalakkan orang mengundi, sementara kos umum kami ialah RM35,000 sebulan.

“Sumbangan yang dikutip dari Bersih 5 mencecah RM300,000 dan RM2.6 juta yang kami kumpulkan dari Bersih 4 masih berbaki,” katanya.

Maria berkata kos perundangan akan datang membimbangkan mereka.

“Kami membelanjakan RM50,000 dan ada 7 atau 8 kes yang belum selesai dengan kos yang dianggarkan melebihi RM100,000 – dan itu tidak termasuk lebih 100 kes polis terhadap Bersih,” tambahnya.

Ada 120 siasatan polis terhadap Bersih 2.0 sejak konvoi Bersih tahun lepas.

Walaupun peguam Bersih 2.0 bekerja secara percuma, duit masih diperlukan untuk kos mahkamah dan pembayaran.

Ditanya mengenai rancangan Bersih 2.0 sekiranya mereka mencapai sasaran RM500,000 menjelang September tetapi kehabisan duit selepas itu, Maria berkata mereka akan menjalankan kempen kutipan dana baharu.

“Kita akan terus mengutip dana. Kita akan terus mencuba kerana kita belum ada pilihan raya bebas dan adil.”

Ahli jawatankuasa pemandu Bersih Global Ivy Josiah yang bersama sidang media ini berkata jawatankuasa kutipan dana sudah ditubuhkan dan mereka akan meneruskan usaha itu apabila perlu selepas mencapai sasaran RM500,000.

Beliau berkata “amaran” akan dikeluarkan apabila sesebuah NGO hanya wang yang cukup untuk beroperasi selama 7 bulan sahaja.

“Kami menggesa semua rakyat yang mahukan pilihan raya bebas dan adil supaya menyumbang. Usaha ini tidak akan berakhir pada 2017 atau 2018 kerana reformasi institusi merupakan perjalanan yang sangat panjang.”
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment