BERGADUH ADIK BERADIK SAMPAI KENA LARI OVERSEA, UNTUNG DUDUK MALAYSIA LAGI

PERTELAGAHAN adik beradik Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menjadi tajuk utama berita hari ini dengan Facebook dijadikan platform untuk meluahkan perasaan.  Rasanya ini kali pertama keadaan ini berlaku dalam sejarah negara itu.

Anyway, campur yang sekarang, Singapura baru ada 3 Perdana Menteri sejak merdeka, dengan 2 daripadanya datang dari keturunan yang sama, apa yang diharap sejarah banyak sangat?  3 saja pun.  Seorang lagi bekas Perdana Menteri Singapura, David Marshall, era sebelum merdeka.  Lepas merdeka yang kita cakapkan ni.

Ringkasnya, pertelagahan ini berkaitan sebuah rumah yang ditinggalkan bapa mereka yang juga pengasas negara itu, mendiang Lee Kuan Yew.

Walaupun pergaduhan itu menarik perhatian sebab belum pernah berlaku dalam sejarah, tapi penulis lebih berminat dengan kenyataan salah seorang dari mereka yang akan meninggalkan negara itu setelah mengkritik abang sendiri secara terbuka.  Aii, cakap macam itu pun sampai kena lari luar negara?  Bukan maki-makian dan fitnah pun sampai kena lari oversea?

Tapi mungkinlah itu keadaannya di negara itu yang selama ini kita dengar hanya berlaku di kalangan pemimpin politik pembangkang mereka saja.  Rupanya adik beradik pun tidak terlepas dari merasa tekanan yang sama.

Ini semua menginsafkan penulis betapa beruntungnya kita yang duduk di Malaysia ni.  Ada sampai lenguh jari kondem pemimpin tapi belum ada sampai tahap sehingga terpaksa lari ke luar negara lagi.  Zaman Mahathir jadi Perdana Menteri dulu selalu berlaku macam ini (kritik Mahathir dan lari ke luar negeri), terutama semasa gerakan reformasi dan sebagainya tapi keadaan sudah jauh lebih baik selepas Mahathir berhenti (sebab mak kata berhenti makan sebelum kenyang).

Sini saja dah nampak betapa besarnya jurang kebebasan bersuara di negara kita dan negara sebelah.  Itupun ada yang cakap pemimpin negara kita zalim dan kononnya negara ini sebuah negara polis manakala Singapura itulah semua yang terbaik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana