BERDEBAT DENGAN PEMBANGKANG HANYA KERJA SIA-SIA

Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak perlu melayan kerja sia-sia pembangkang menganjurkan perdebatan yang hanya mencari kesalahan tetapi tidak dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, banyak lagi kerja berfaedah yang perlu dilakukan khususnya mendengar keluhan dan menyelesaikan masalah rakyat selain melaksanakan pelbagai program demi kesejahteraan mereka.

“Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kerajaan hari ini adalah kerajaan yang mendengar semua permasalahan rakyat dan kita akan menyelesaikan masalah rakyat.

“Itu yang lebih penting daripada kita berdebat yang bukannya mencari kebenaran tetapi untuk mencari kesalahan dan membuat tuduhan palsu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menye­rahkan peruntukan Parlimen Bera di Dewan UMNO Bera, di sini hari ini.

Semalam, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilapor mengumumkan akan menganjurkan forum ‘Nothing To Hide’ dan menjemput Najib untuk bersama Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Moha­mmad menjawab soalan berbangkit daripada mana-mana pihak.

Menurut Ismail Sabri, perdebatan tersebut tidak akan mencapai objektif sebaliknya hanya membuang masa memandangkan pembangkang tidak akan menerima kebenaran dan kebaikan yang dilakukan kerajaan.

“Jawab macam mana pun mereka tidak akan setuju sebab mereka ini memang sudah prejudis dengan apa yang kita jawab. Mereka tidak pernah menganggap apa yang kerajaan buat itu betul,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pelbagai kemelut yang melanda PPBM termasuk tindakan keluar parti oleh ahli-ahlinya memberi petanda bahawa ‘parti bunga’ itu tidak mampu bertahan lama.

Katanya, tindakan keluar parti oleh ahli PPBM yang dijangka te­rus berlaku menunjukkan mereka tidak yakin terhadap kepe­mimpinannya yang diterajui dua nakhoda iaitu Dr. Mahathir dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

– Utusan Malaysia
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment