Berapa Invoke Bayar Untuk Peroleh Maklumat Palsu?

Rafizi Ramli sekali lagi mengeluarkan kenyataan palsu yang tidak disokong oleh mana-mana bukti. Kali ini, Rafizi mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membayar seorang lagi peguam yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dana berkaitan SRC International.

Memetik dokumen siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang bocor, beliau berkata Najib membayar RM325,188 kepada peguam itu pada tahun 2011. Bayaran itu, kononnya untuk mengketepikan sepina kepada Datuk Seri Mohd Najib untuk tampil memberi keterangan dan disoal-balas semasa perbicaraan kes liwat II.

Melihat kepada dakwaan Rafizi ini, timbul persoalan, berapakah jumlah yang dibayar oleh Invoke yang selama ini menjadi suara dan bayangan Rafizi untuk mendapatkan dokumen yang tidak dapat dipastikan kebenarannya?

Sebelum ini, Rafizi mengeluarkan kenyataan bahawa ini adalah Ramadhannya yang terakhir sebagai Ahli Parlimen. Namun, di saat umat Islam di negara ini sedang menjalani ibadah puasa, Rafizi masih kekal mengeluarkan kenyataan yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Adakah Rafizi langsung tidak ada rasa bersalah sebagai umat Islam di bulan Ramadhan ini?

Apa yang menarik untuk diperkatakan adalah, dakwaan terbaru yang dikeluarkan olehnya ini adalah susulan daripada dakwaan Sarawak Report yang kononnya Datuk Seri Mohd Najib membayar Tan Sri Shafie Abdullah sebanyak RM 9.5 juta bagi memastikan Anwar merengkok di dalam penjara Sungai Buloh.

Melihat cara Sarawak Report yang mengeluarkan artikel kemudian dalam masa sejam sahaja artikel berkenaan di padamkan, timbul persoalan, adakah Invoke yang diasaskan oleh Rafizi cuba menjadi cawangan Sarawak Report di Malaysia?

Sudahlah dana penubuhan syarikat ini masih diragui, kedudukan kewangan syarikat ini juga tidak pernah didedahkan kepada umum seperti mana yang sering di lakukan oleh Rafizi terhadap banyak syarikat berasaskan kerajaan. Rafizi cuba menyembunyikan segala hal mengenai Invoke termasuk perkhabaran yang menyatakan, OSF yang ditubuhkan oleh George Soros, menaja syarikat milik Rafizi ini.

Justeru, tidak hairanlah jika Rafizi mampu mendapat laporan yang tidak di endorse dari mana-mana pihak dari SPRM kemudian mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ini. Seharusnya, pihak berkuasa menyiasat, siapakah orang disebalik “SPRM” yang didakwa Rafizi mengeluarkan laporan berkenaan dan mungkinkah ada penglibatan wang tunai dilakukan Rafizi untuk memperoleh laporan palsu ini.

Tuduhan yang dibuat Rafizi ini amat berat kerana ianya seolah-olah telah menghina mahkamah. Justeru, siasatan menyeluruh harus dilakukan keatas Rafizi dan penglibatan Invoke dalam segala hal yang melibatkan politik negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana