Bekas Ketua Polis Negara bersuara mengenai fitnah Sarawak Report terhadap PM…Syabas Kita Ucapkan

Sebagai bekas Ketua Polis Negara yang lalui macam-macam pengalaman sepanjang  karier dalam  polis…Tan Sri Musa Hassan sudah tentu dapat segera cium sesuatu itu betul atau tidak.

Juga sejak bersara bukan stail beliau untuk tampil cakap dengan media jika tidak ada sesuatu yang dirasakan perlu.

Mungkin tidak mahu lihat ramai orang terpedaya dengan cerita dan dakwaan mengarut yang disebarkan,Rabu beliau tampil adakan sidang akhbar di Petaling Jaya.

Ia mengenai pembohongan yang dibuat oleh Sarawak Report terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan Sarawak Report dakwa konon Najib membayar peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebanyak RM9.5 juta guna wang yang ada kaitan dengan 1MDB.

Bayaran itu didakwa semasa kes kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim liwat Saiful Bukhari Azlan.

Dakwaan ini dikutip oleh budak-budak pembangkang untuk temberang sana sini bagi hentam Perdana Menteri.

Musa menilai dakwaan itu adalah tidak masuk akal  kerana akaun bank berkenaan sudah ditutup lebih awal dari tarikh wang didakwa diberi.

"Laporan yang dibuat itu berdasarkan kepada Sarawak Report yang mendakwa Datuk Seri Najib memberi wang sebanyak itu pada 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.

“Bagaimana akaun yang telah ditutup pada Ogos 2013 boleh membuat pengaliran wang keluar pada September 2013? Ini satu dakwaan yang tidak betul," katanya.

Serentak dengan itu Musa mendesak polis segera jalankan siasatan dan ambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang sebar fitnah  untuk burukan orang lain.

"Laporan itu telah dibuat, dan ia tidak benar. Saya harap pihak polis dapat menjalankan siasatan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu bagi tujuan memudaratkan seseorang dan jelas ia merupakan perbuatan yang salah dari segi undang-undang," katanya.

Musa juga anggap mengarut  dakwaan bahawa Shafee telah menerima sogokan itu untuk masukan  Anwar ke dalam penjara kerana daripada keputusan yang telah dibuat lapan hakim, jelas Anwar telah disabitkan kesalahan.

"Pembayaran (yang dikatakan) kepada Shafee langsung tidak munasabah kerana keputusan Mahkamah Rayuan pada 2014 dan hukuman muktmad Mahkamah Persekutuan pada 2015 berdasarkan kepada lapan orang hakim yang mendengar segala bukti," katanya.

Selain itu, Musa turut menyentuh penyebaran maklumat di laman 'Steadyaku47' yang bertajuk "Najib & Shafee Abdullah Texting" kononnya beliau dihubungi Najib dalam kes pembunuhan wanita Mongolia,  Altantuya Shaariibuu.

"Dalam blog tersebut mengatakan, seolah saya berjumpa Najib (pada masa itu Timbalan Perdana Menteri) bagi membincangkan isu pembunuhan wanita Mongolia yang melibatkan Razak Baginda.

"Perdana Menteri tidak pernah sekalipun menghubungi saya untuk membincangkan kes tersebut seperti tarikh dan masa yang didakwa. Ini satu pembohongan yang besar," katanya.

Mengenai artikel dalam Sarawak Report yang dakwa seorang timbalan ketua polis adakan pertemuan sulit dengan Najib dan Shafee pada tahun 2006 ,Musa minta dedahkan siapa pegawai polis berkenaan.

Katanya pada tahun 2006 beliau adalah Ketua Polis Negara.‘Siapa dia ?’ katanya.

Musa memberitahu beliau juga berdepan dengan macam-macam fitnah semasa menyiasat kes liwat pertama Anwar pada 1998.

Katanya beliau antaranya difitnah terima RM5 juta dari Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukan ke dalam akaunnya di Singapura.

Ini semua tidak benar,katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana