Azmin sembang kemas... tapi sampah terbakar pun tak tahu urus

Masalah kebakaran di tapak pelupusan sampah haram seluas lima hektar di Kampung Limau Manis, Sungai Merab tidak selesai walaupun Menteri Besar, Datuk Ser Azmin Ali 'sembang kemas' konon Selangor negeri kaya.

Sebaliknya Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM16 juta untuk menimbus sampah yang menyebabkan kebakaran besar sejak 14 Mei lalu sedangkan soal pengurusan sampah di Selangor merupakan tugas kerajaan negeri.

“Azmin kata Selangor mempunyai rezab berbilion-bilion ringgit, jadi tidak akan menjadi kesukaran sepatutnya bagi pihak kerajaan negeri mengeluarkan perbelanjaan untuk mengambus semula tapak itu demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk,” kata menterinya Tan Sri Noh Omar.

Beliau yang meninjau tapak kebakaran itu berkata kewujudan tapak pelupusan sampah yang beroperasi sejak 10 tahun itu menyebabkan penduduk sekitarnya termasuk di Putrajaya berhadapan masalah kesihatan ekoran terpaksa menghidu asap pembakaran sampah berpunca dari kawasan tersebut.

Katanya, sehingga kini tiada sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Azmin termasuk mengambil langkah menutup serta-merta tapak pelupusan sampah berkenaan.

“Ekoran itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat terpaksa mengeluarkan peruntukan sebanyak RM10,000 sehari untuk operasi memadam kebakaran.

“Kegagalan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah tapak sampah ini telah menyusahkan seluruh rakyat Selangor. Ini akibat sikap menteri besar sibuk berpolitik sehingga mengabaikan tanggungjawab sebenar kepada rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau tapak pelupusan sampah itu pada Rabu.

Yang hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Marsum Paing, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd. Sharif dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim.

Kebakaran yang berlaku di tapak itu sejak 14 Mei lalu telah menyebabkan asap tebal menyelubungi Putrajaya dan sekitar Sungai Merab sehingga memaksa pesawat milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dikerah untuk memadam kebakaran.

Mengulas lanjut, Noh menjelaskan, tindakan pertama yang perlu diambil untuk mengatasi kebakaran tapak pelupusan sampah itu adalah mengambus semula kawasan dan ia memerlukan kos perbelanjaan sehingga RM16 juta.

Noh berkata, keengganan kerajaan negeri menandatangani Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) untuk menyerahkan soal pengurusan sampah kepada kerajaan Pusat telah menyebabkan isu-isu sampah di negeri itu tidak selesai sehingga kini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana