Azmin ingatkan Aziz Bari 'jangan masuk campur'..Azmin Takut Hilang Jawatan Bebbb

KUALA LUMPUR: 'Jangan masuk campur', demikian respon Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali apabila diajukan mengenai kenyataan ahli DAP, Prof Abdul Aziz Bari bersabit kedudukan PAS di Selangor.

Aziz baru-baru ini mendakwa 'peribadi' PAS yang sebenar terbukti selepas parti berkenaan tidak mahu melepaskan jawatan masing-masing ekoran kontroversi pentadbiran Selangor dan keputusan PAS membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR.

"Jangan campur. Kita sudah buat keputusan, itu keputusan terbaik atas mandat yang diberikan rakyat pada 2013," kata Azmin ringkas kepada pemberita ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi.

Dalam temubual yang disiarkan secara langsung di Facebooknya Selasa malam lalu, Aziz menempelak PAS sebagai sebuah parti yang hanya mementingkan kedudukan, malah menuduh ia mengamalkan hipokrasi yang ketara jika dibandingkan dengan kepimpinan terdahulu yang bersedia melepaskan jawatan atas sebab prinsip.

Pada 11 Mei lalu, Majlis Syura Ulama PAS memuktamadkan keputusan 'menceraikan' PKR kerana tidak menghormati PAS sebagai rakan kerjasama, dengan berada sepentas bersama seteru politik PAS, iaitu DAP dan Amanah, dan menyerang kepimpinan parti itu.

Ia sekaligus meletakkan kedudukan tiga exco PAS dan beratus wakil parti itu dalam kerajaan Selangor menjadi tanda tanya, tambahan selepas PKR turut mengarahkan kesemua lantikan politiknya dalam kerajaan negeri Kelantan untuk meletak jawatan.

Bagaimanapun spekulasi mengenai kedudukan wakil PAS di Selangor terjawab selepas Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan hasrat Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali untuk mengekalkan kedudukan tiga wakil rakyat PAS sebagai exco kerajaan negeri.

DAP Selangor dalam pada itu menyifatkan kenyataan Aziz sebagai kenyataan peribadi dan tidak mewakili parti.

Sementara itu Azmin turut diajukan kesediaan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali memegang jawatan itu sekiranya diminta Pakatan Harapan (PH).

"Kita akan bincang, selepas menang pilihan raya barulah kita bincang bersama," kata Azmin.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu pada semalam memberitahu dirinya tiada niat untuk menjadi perdana menteri jika pembangkang menang PRU14, namun mungkin terpaksa mempertimbangkannya semula jika diminta oleh PH.

Malah Dr Mahathir juga berkata bersedia menjadi penasihat kepada perdana menteri mengambil kira pengalamannya selama 22 tahun mentadbir negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana