AZIZ BARI PERSOALKAN KEDUDUKAN PAS DI SELANGOR DISEBABKAN EMOSI – PENGANALISIS

Kenyataan Prof Abdul Aziz Bari yang menyifatkan PAS sebagai ‘mementingkan kedudukan’ ekoran enggan melepaskan jawatan di Selangor, adalah kenyataan berlandaskan emosi sehingga sanggup mengingkari perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Penganalisis Politik, Dr Salawati Mat Basir berkata, isu tiga exco PAS Selangor tidak sepatutnya dibangkitkan lagi kerana ianya sudah pun mendapat perkenan daripada Sultan sendiri.

“Biasalah dalam politik ni kan lebih banyak marah, lebih banyak emosi.

“Apabila ia menjadi satu perkara yang senyap, maknanya dari segi itu tiada satu arahan yang khusus, maka mereka boleh membuat pilihan untuk keluar atau terus duduk di situ dan ketiga-tiga mereka memilih untuk terus duduk di situ, ditambah lagi dengan titah Sultan, jadi tiada isu, isunya ialah orang politik yang terlalu beremosi, itu sahaja.

“Biarkan saja mereka di situ, samada mereka ada fungsi atau tidak sebab mereka dilantik secara sah dan kemudian titah Sultan pun memerintahkan agar mereka dikekalkan, kerana saya percaya Sultan Selangor dapat melihat suasana apa akan berlaku kalau mereka dikeluarkan,” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Antarapos.

Sebelum ini, Aziz yang juga ahli DAP dalam satu kenyataan berkata, keengganan PAS meletakkan jawatan dalam kerajaan Selangor walaupun selepas memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR, jelas menunjukkan peribadi mereka sebenar.

Ini kerana menurutnya, ‘kedegilan’ tiga exco PAS untuk melepaskan jawatan mereka menunjukkan bahawa parti itu terlalu mementingkan jawatan dan semakin hipokrit jika dibandingkan dengan pimpinan parti itu satu masa dahulu yang akan melepaskan jawatan kerana prinsip.

Mengulas lanjut, Salawati yang juga Timbalan Penasihat Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, kedudukan ketiga-tiga exco PAS itu sememangnya sah dari segi perlembagaan kerana dilantik sebelum keputusan memutuskan tahaluf siyasi itu dilakukan lagi.

Justeru katanya, PAS tidak sepatutnya dituduh sebagai ‘hipokrit’ dan parti yang ‘menggilakan’ jawatan seperti yang dikatakan oleh Aziz kerana mereka sepatutnya diberikan peluang untuk meneruskan mandat terhadap rakyat yang diberikan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

“Ini bukan isu hipokrit ke tidak, isu pelaksanaan dasar dan tanggungjawab kepada rakyat. Biarkan mereka habiskan tempoh ni, kemudian habis tempoh, habis.

“Sebenarnya lantikan mereka terjadi sebelum perkara-perkara yang berlaku selepas itu (putus tahaluf siyasi), jadi kalau mereka nak dikekalkan sebab secara perlembagaan, sebenarnya mereka sah, dari segi politik yang mereka tak sah, sebab parti mereka dah memutuskan hubungan, tidak mahu berbaik-baik dengan PKR, jadi sepatutnya keluarlah, parti kita dah tak nak kenapa kita nak duduk lagi dalam tu.

“Tapi sebenarnya secara undang-undang, mereka sah, dan tiada sebab untuk mereka keluar, habiskan tempoh mereka hingga PRU akan datang,” katanya lagi.

Pada 11 Mei lalu, Majlis Syura Ulama PAS memuktamadkan keputusan ‘menceraikan’ PKR kerana tidak menghormati PAS sebagai rakan kerjasama, dengan berada sepentas bersama seteru politik PAS, iaitu DAP dan Amanah, dan menyerang kepimpinan parti itu.

Ia sekaligus meletakkan kedudukan tiga exco PAS dan beratus wakil parti itu dalam kerajaan Selangor menjadi tanda tanya, tambahan selepas PKR turut mengarahkan kesemua lantikan politiknya dalam kerajaan negeri Kelantan untuk meletak jawatan.

Bagaimanapun spekulasi mengenai kedudukan wakil PAS di Selangor terjawab selepas Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan hasrat Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali untuk mengekalkan kedudukan tiga wakil rakyat PAS sebagai exco kerajaan negeri.

Tiga exco di Selangor adalah Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana