Aziz Bari: PAS hari ini parti hipokrit yang pentingkan jawatan...Sama Jugak Kau Tu.Cakap Pada Orang Lain

Prof Abdul Aziz Bari berkata keengganan PAS melepaskan jawatan dalam kerajaan Selangor walaupun selepas memutuskan hubungan dengan rakan gabungan menjelmakan peribadi sebenar mereka.

Ia hanya menunjukkan PAS pentingkan kedudukan, katanya dalam temubual yang disiarkan secara langsung di Facebook DAP malam tadi.

“Saya tidak terkejut oleh kerana kita bukan hanya bercakap mengenai 3 orang exco tetapi sekitar anggaran 500-600 orang pimpinan PAS yang terlibat dalam syarikat milik kerajaan, majlis tempatan dan ketua kampung.

“Ini sebenarnya pendapatan yang agak lumayan jadi mereka tidak sanggup melepaskan jawatan.

“Ini menunjukkan warna sebenar PAS. Mereka bukan bercakap soal agama tetapi soal kedudukan.”

Aziz berkata “hipokrasi” PAS hari ini ketara jika dibandingkan kepada pimpinan parti terdahulu, yang sedia melepaskan jawatan demi prinsip.

Beliau menyorot perhatian ke 1977, apabila bekas presiden PAS Tan Sri Asri Muda meletak jawatan dari jemaah menteri persekutuan kerana membantah pengisytiharaan darurat di Kelantan.

“Asri lebih tegas dengan prinsipnya…sanggup meninggalkan jawatan menteri persekutuan bersama Datuk Hassan Adli Arshad dan Datuk Mustafa Ali dan ada juga beberapa pengerusi badan berkanun.”

Perintah darurat diumumkan apabila bekas menteri besar Datuk Mohamad Nasir dari PAS enggan meletak jawatan selepas tewas dalam undi tidak percaya di dewan undangan negeri.

Ia berlaku ketika PAS berada dalam Barisan Nasional, yang menyertainya pada 1973.

“Tetapi inilah PAS (hari ini). Mereka yang merobohkan pakatan, tetapi tak malu-malu untuk duduk di situ (dalam kerajaan). Mereka kata ‘mandat rakyat’. Mandat apa? Ini bukan soal mandat.

“Dalam prinsip Westminster soal mandat tidak relevan sebab kerajaan dibentuk oleh parti yang terima sokongan majoriti dan mereka tolak parti yang terima majoriti itu.

“Kalau terima soal mandat pun, tidakkah kemenangan PAS pada PRU-13 yang lalu itu disebabkan manifesto Pakatan Rakyat. Jadi mereka sudah tolak manifesto itu, jadi apa asas moral untuk mereka kekal dalam kerajaan negeri? Ini yang saya katakan hipokrasi.”

Awal bulan ini PAS secara rasmi memutuskan kerjasama dengan PKR, apabila Majlis Syura Ulama memutuskan langkah itu perlu demi mempertahankan agenda Islam PAS.

PAS menuduh PKR melanggar syarat kerjasama, gagal menyokong PAS dalam agenda Islam, dan menentangnya pada pilihan raya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar tahun lalu.

Walaupun PKR mengarahkan semua lantikan politik parti berundur dari kerajaan Kelatan, PAS memutuskan 3 exco mereka kekal di Selangor sehingga pilihan raya umum akan datang.

Tiga exco berkenaan ialah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad; Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi; Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi serta Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Sementara itu, Aziz meramalkan PAS akan mengalami kerugian besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 walaupun berjaya pada 2013.

Ini kerana PAS ketika itu mendapat sokongan padu daripada orang Cina yang mengundi mereka sebagai komponen PR, katanya.

Tetapi memandangkan PAS sekarang bukan lagi sekutu PKR dan DAP, mereka sangat bergantung kepada undi Melayu sahaja.

“Kita belum pasti setakat mana isu agama dapat menarik perhatian masyarakat Melayu…sesuatu perkara itu mungkin popular tetapi belum tentu populariti itu menentukan ia akan disokong,” kata Aziz.

Dewan Negeri Selangor kini mempunyai 14 wakil rakyat DAP, 13 dari PKR, 13 dari PAS, 11 dari Umno, 2 dari Amanah dan 2 wakil rakyat bebas.

Kerusi DUN Sungai Ayer Tawar kosong berikutan kematian wakil rakyat BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana