ARMADA PPBM TAK PERLU JAGA TEPI KAIN UMNO

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dinasihatkan supaya menjaga tepi kain sendiri dan menyelesaikan masalah parti itu, bukannya menyibuk dan mempertikaikan parti lain.

Syed Saddiq tidak layak untuk mengaitkan UMNO dengan kemelut yang melanda parti berkenaan yang semakin hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PPBM yang dilihat tidak berintergriti dan menyalah gunakan kuasa.

Tindakan beliau cuba mengheret Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadiri forum yang dinamakan sebagai Nothing To Hide yang akan menemukan dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba untuk menutup kelemahan parti itu, yang semakin jelas kelihatan.

Malah tindakan melabelkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pengecut dan penakut sekiranya tidak menghadiri forum itu adalah sikap paling kurang ajar dan tidak menghormati kepimpinan negara.

Beliau tidak perlu mengaitkan mana-mana pemimpin UMNO kerana ahli akar umbi mahu pengerusi parti itu sendiri menjelaskan kekayaan luar biasa anak-anaknya dan juga skandal Nika Gee yang melibatkan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang tidak ada kaitan langsung dengan UMNO.

Syed Saddiq yang baharu setahun jagung dalam politik perlu cermin diri sendiri kerana parti itu sendiri yang mengamalkan sikap Everything To Hide seperti yang didakwa Exco Armada PPBM, Muhammad Hafiz Azhar, bukannya UMNO.

Sepatutnya Syed Saddiq membuat satu program yang melibatkan Tun Dr Mahathir dan Muhyiddin untuk menjawab segala tuduhan tersebut.

Kelmarin, Muhammad Hafiz yang juga Exco Biro Keselamatan Armada bersama lebih 30 ahli PPBM menyatakan sokongan dan mendesak agar pemimpin parti memberikan penjelasan mengenai dakwaan tersebut.

Ketika ahli akar umbi mempertikaikan kredibiliti dan intergriti pemimpin PPBM, Syed Saddiq cuba menjadi hero dengan membuat sidang media penafian, sedangkan dia sendiri diam menikus apabila isu berkenaan dibangkitkan dalam grup WhatsApp.

Nampaknya Syed Saddiq ini lebih sudu daripada kuah!

Pada sidang media hari ini, beliau langsung tidak menjelaskan dakwaan yang dibangkitkan ahli akar umbi itu tetapi sekadar mencari publisiti murahan dengan melemparkan bermacam-macam tuduhan kepada UMNO khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apakah Syed Saddiq tidak tahu malu untuk mengajak Presiden UMNO berdebat sedangkan level beliau hanya setaraf Ketua Pemuda UMNO cawangan sahaja? Jadi, cermin-cerminlah diri sendiri.

Apakah beliau juga tidak sedar ramai ahli PPBM yang keluar parti sejak kebelakangan ini menunjukkan sokongan terhadap parti itu semakin merudum, tetapi jaguh muda ini masih hendak tunjuk handal.

Syed Saddiq tak ubah seperti ayam jantan yang kokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang tahi!

Nazir Hussin Akhtar Hussin
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Biro HELP
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana