ARMADA BUKTIKAN KEPUTUSAN UMNO TEPAT SINGKIRKAN PENGKHIANAT

Penulis tersenyum puas apabila mendapat tahu bahawa sayap pemuda PPBM yang dipanggil Armada menegaskan tentang Exconya yang bakal berdepan tindakan disiplin gara-gara mempersoal Pengerusi dan Presiden parti itu.

Bukan besar sangat yang diminta Exco Armada itu. Dia hanya mahu Pengerusinya menjelaskan tentang kekayaan anak-anaknya yang dikatakan bersifat ‘luar biasa’. Perkara itu bukan suatu yang rahsia jika dilihat dari sudut realistik kerana ramai yang sudah mempertikai hal itu.

Presidennya pula diminta supaya memperjelas tentang dakwaan yang memalitkan dirinya dengan satu skandal bersama seorang wanita. Mungkin Exco itu tiada jawapan untuk diberi kepada orang ramai berkenaan isu itu, bukan?

Cuma salahnya Exco Armada itu, dia mempersoalkan isu-isu membabitkan Pengerusi dan Presidennya di khalayak umum di mana ia merupakan satu tindakan yang sama pernah dilakukan oleh Presiden dan Timbalan Presidennya ketika di dalam UMNO sebelum ini!

Armada mahu Exconya bersuara mengikut saluran yang betul dan tidak terbuka di khalayak ramai. Jadi, ia akan menjejaskan imej Pengerusi, Presiden dan institusi kepimpinan parti, sekaligus mengaibkan nama PPBM di mata rakyat, bukan?

Benar. Cara itu memang salah dan tidak wajar. Maka kerana itulah juga, Presiden dan Timbalan Presiden PPBM disingkirkan dari jawatan utama kerajaan ketika mereka di dalam UMNO dulu. Itu memang jelas dan sudah diperjelaskan.

Kerana disingkirkan dari jawatan parti itulah mereka ‘meroyan’ serata negara memburuk-burukkan Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan kepimpinannya, bukan? Padahal ketika itu mereka masih lagi ahli UMNO, bukan?

Bila keadaan memuncak dan merasakan diri sudah terlalu ‘besar kepala’, mereka bagaikan mengundang supaya tindakan disiplin dikenakan terhadap mereka. Jadi, parti perlulah membuat keputusan menyingkirkan mereka dari parti bila sudah melampaui batas!

Sekiranya Armada benar-benar jantan dan menyokong tingkah laku Presiden serta Timbalannya, maka sewajarnya sayap PPBM itu memuji tindakan Exconya, bukan dengan mengambil tindakan disiplin. Namun apa yang berlaku menunjukkan sebaliknya, bukan?

Oleh itu, jelaslah bahawa Armada mengakui kebenaran tentang tindakan UMNO menyingkirkan dua pemimpin utama PPBM sebelum ini dari parti. Itu memang resmi parti yang berkonsepkan jemaah. Jadi mengapa pertikai bila kedua mereka disingkir dulu?

Pada hemat penulis, nampaknya PPBM hanya berpaksikan retorik semata-mata. Mereka punya agenda tersembunyi dan bukan bersandarkan pada apa yang mereka perkatakan kepada orang kampung di dalam ceramah-ceramah politik mereka.

Maka tidak mengejutkan bila ramai ahli dan pemimpin akar umbi PPBM yang mula celik dan sedar betapa ‘plastik’nya perjuangan parti ‘cap bunga’. Jadi, jangan salahkan UMNO jika ramai yang keluar parti kerana mereka berbuat demikian memang kerana sudah bosan dengan pembohongan dan lakonan yang menjijikkan…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana