Arab Saudi, Bahrain, Mesir, UAE putus hubungan dengan Qatar...Satu Persatu Negara Islam Berpecah BElah..Gara Gara US Ni

Tiba tiba saja....selepas kedatangan Presiden US ke Negara Teluk.Kenapa tak soal selidik dahulu pada Kerajaan Qatar...Kenapa nak biarkan Qatar dipulau oleh Negara ISlam Sendiri....?Bantu lah....Bagi sokongan dan Tunjuk ajar...barulah capai kejayaan sesama Islam.

Diketuai Arab Saudi, tiga lagi negara dengan majoriti umat Islam memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar termasuk segala hubungan laut dan udara.

Ini termasuk Bahrain, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas Qatar dituduh menyokong keganasan dan dan ekstremisme.

Arab Saudi memutuskan diplomatik dan hubungan konsular dengan Qatar untuk “meneruskan pelaksanaan hak kedaulatan yang dijamin undang-undang antarabangsa dan melindungi keselamatan negara daripada bahaya keganasan dan kumpulan pelampau”.

Arab Saudi juga menggesa semua negara sekutu dan syarikat untuk berbuat demikian.

Sementara itu, Bahrain dalam satu kenyataan turut memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, dan mendakwa negara Teluk Arab itu menyokong keganasan dan mencampuri urusan dalaman Bahrain.

Bahrain, juga memberikan 14 hari bagi rakyatnya yang berada di Qatar untuk meninggalkan negara itu.

UAE dan Mesir juga mengikuti langkah sama rakan sekutunya memutuskan hubungan dengan Qatar, mendakwa negara Teluk Arab itu menyokong organisasi “pengganas” termasuk Ikhwanul Muslimin, lapor agensi berita Mesir.

Sementara itu, Etihad Airways, syarikat penerbangan milik Abu Dhabi berkata, ia akan menggantung semua penerbangan dari dan ke Doha bermula pagi Selasa sehingga diberitahu kelak.

Jurucakap syarikat penerbangan dalam satu emel memberitahu, penerbangan terakhir dari Abu Dhabi ke Doha akan berlepas pada pukul 2.45 pagi Selasa waktu tempatan.

Langkah itu susulan Arab Saudi, Mesir dan UAE memutuskan hubungan dengan Qatar, yang didakwa menyokong keganasan.

Menurut Etihad, penerbangan mereka pada Isnin beroperasi seperti biasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana