APA YANG BERLAKU DALAM PPBM IBARAT ‘LUDAH KE LANGIT, JATUH KE MUKA SENDIRI’ – ARMAND

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Hj Abu Hanifah hari ini menyifatkan apa yang berlaku di dalam Parti Bersatu (PPBM) ibarat meludah ke langit hinggap ke muka sendiri.

Tambahnya, ketika pemimpin-pemimpin utama mereka masih berada di dalam UMNO serta mengkritik UMNO secara terbuka, dan bila UMNO mengambil keputusan untuk diserahkan pada Lembaga Disiplin, mereka mengatakan UMNO menghalang akar umbi untuk bersuara dan menghalang kebebasan hak bersuara.

“Bukan itu sahaja itu, malah terus keluar UMNO untuk menubuhkan parti baru kerana tidak boleh lagi mengikut dan akur keputusan UMNO .

“Hari ini PPBM, usia pun masih dalam pra-matang, mereka sudah dilanda pelbagai masalah, bukan sekadar yang keluar PPBM, malah ada antara mereka yang masih memegang jawatan menyatakan hilang kepercayaaan pada kepimpinan mereka sendiri”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau mengulas mengenai kemelut perebutan kuasa di dalam PPBM Perak sehingga Ketua Armada mendesak Naib Presiden PPBM letak jawatan namun apabila Exco Armada di bawah kepimpinan Syed Saddiq sendiri membuat kenyataan untuk mendesak dapatkan penjelasan isu kekayaan anak-anak Tun Mahathir dan isu skandal Presiden PPBM yang dikhabarkan ada hubungan sulit dengan isteri orang, akhirnya Ketua Armada dan Mukhriz menyatakan akan dibawa ke lembaga disiplin kerana tidak mengikut dan akur pada kepimpinan PPBM.

Persoalannya di sini tegas Datuk Armand mengapa kini mereka menghalang pemimpin PPBM untuk bersuara? Di mana laungan hak kebebasan bersuara? Di mana dahulu mereka nyatakan orang atas harus terima kritikan akar umbi?

“Tetapi isu yang utama saya lihat hari ini adalah apabila mana-mana pihak, ahli mahupun rakyat yang mempertikaikan PPBM dan menyokong Kerajaan, pihak mereka akan terus melabelkan individu tersebut sebagai pemakan Dedak dan Ejen UMNO .

“Mereka melabelkan sebegitu untuk memastikan tiada siapa termasuk kepimpinan PPBM akan bersuara menentang agenda PPBM. Ini salah satu modus operandi bagi menutup mulut dan sokong secara membabi-buta”, tegasnya yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M).

Hari ini kata beliau lagi jelas PPBM ibarat meludah kelanggit dan hinggap kemuka sendiri.

“Oleh itu, saya harap sahabat dan penyokong-prnyokong Barisan Nasional untuk teruskan merapatkan saf dan barisan seterusnya mendekati rakyat dan membela rakyat.

“Saya yakin jika Barisan Nasional mengerakkan jentera di semua peringkat, insyallah PRU14 rakyat akan terus memberikan mandat pada Barisan Nasional untuk terus kekal sebagai kerajaan Malaysia,” tambahnya. -MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana