Apa Sebenarnya Yang Rakyat Malaysia Tidak Tahu? Mai Baca Kalau Nak Tahu....

INI cuma khayalan saya. Sepatutnya ia diolah dalam bentuk fiksyen seperti cerpen atau novel pendek yang lain. Ceritanya anggaplah fiksyen rekaan semata-mata walaupun ia menggunakan watak-watak dan peristiwa yang benar-benar wujud, sementara idea atau motif cerita ini anda fikirkanlah sendiri. Ia seratus-peratus tidak benar. Maksud saya cerita ini khayalan. Anda boleh tukarkan watak-watak ini kepada nama lain kerana ia tidaklah penting. Apa ada pada nama, kata William Shakespeare.

Apabila Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia mulai mengkritik secara terbuka dan keras ke atas Datuk Sri Najib berkenaan isu 1MDB, ramai yang terkejut dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang telah berlaku.

Seperti biasa, musuh-musuh UMNO yang sejak sekian lama kecewa dan gagal menumbangkan kerajaan, mulai mendapat semangat baru. Mereka menghampiri bekas Perdana Menteri itu, sebagaimana suatu masa dahulu Datuk Seri Anwar didekati gerombolan pembangkang selepas dipecat daripada UMNO.

Apakah yang sebenarnya terjadi? Mengapa dua tokoh ini bergelut dan berperang sesama sendiri?

Khabarnya, Dr Mahathir telah dibisikkan oleh pemegang-pemegang amanahnya akan tingkahlaku Datuk Sri Najib yang seperti mahu menyekat empayar kekayaan Dr Mahathir.
 
Dr Mahathir, bapa penswastaan negara, yang membahagikan perusahaan-perusahaan di bawah kawalan negara kepada kroni-kroninya yang juga menjadi proksinya, berasa sangat tergugat apabila pentadbiran Perdana Menteri ke-6 itu tidak lagi menyambung kontrak syarikat-syarikat mereka. itu antara puncanya. Perbuatan ini adalah seperti perisytiharan perang terbuka ke atas beliau.

Dalam kebingungan itu, Dr Mahathir mulai berfikir dan merancang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib. Beliau yakin masih mempunyai pengaruh dalam kalangan rakyat kerana telah 22 tahun memerintah Malaysia.

“Ya, cari satu isu yang kompleks, yang sukar difahami rakyat biasa, masukkan angka-angka yang besar, rm2.6 bilion misalnya, sebarkan kepada rakyat. Ulang-ulangkan sehingga ia diketahui rakyat akar umbi.” Itu yang terbisik dalam fikirannya.

Itulah yang kita nampak kemudian. Atas nama perjuangan menyelamatkan negara, Dr Mahathir terus berkempen untuk menyelamatkan empayar kekayaan kroni dan proksinya itu.

Kononnya Dr Mahathir tidak syak lagi adalah manusia terkaya di Malaysia melalui kroni dan proksi beliau. Melalui kekuatan ekonomi ini, seperti mana kata Amschel Rothschild, “berikan aku peluang menguasai ekonomi, aku akan menguasai politik sesebuah negara ini”, itu juga yang diamalkan beliau. Apabila beliau tidak lagi berkuasa dalam politik, beliau cuba menggunakan kekuatan ekonomi yang dimilikinya untuk mengawal negara ini.

Bagaimana sebenarnya Dr Mahathir mengawal negara ini selama ini? Beliau kononnya telah menganugerahkan projek-projek kerajaan kepada kroni-kroni beliau yang majoritinya berbangsa Cina sehingga kelompok ini menguasai bahagian besar kekayaan negara. Anda boleh semak sendiri, ketika Datuk Seri Anwar dipecat dahulu, beliau banyak mendedahkan perkara ini.

Sebagai balasan, kroni-kroni ini melalui pertubuhan-pertubuhan perniagaan yang dinaungi mereka, telah mengarahkan secara senyap ahli-ahli mereka supaya menyokong kerajaan ketika itu.

Tidak hairanlah ketika Datuk Seri Anwar dipecat, yang menyebabkan orang-orang Melayu berpecah dua, Barisan Nasional masih mampu menguasai negara kerana disokong oleh bangsa Cina ini, yang akan bersatu-padu demi keuntungan bangsa mereka.
Kali ini kapitalis-kapitalis besar ini berbalik menyerang kerajaan menggunakan Dr Mahathir.

Semuanya bermotifkan perebutan wang dan kekayaan, yang tiada siapapun sedar, kerana adalah sukar untuk mempercayai orang yang setua dan sekaya Dr Mahathir masih berjuang atas motif wang, sedangkan mereka lupa bagaimana rakusnya Firaun dan Qarun mengumpul harta walaupun mereka sudah kaya-raya.

Jadi, anda mungkin tertanya-tanya adakah Dr Mahathir tidak risau dirinya ditangkap atau didakwa jika pembangkang yang memerintah. Ya, mungkin anda fikir pembangkang hanya mahu mempergunakan Dr Mahathir dan jika pembangkang menang, mereka akan mendakwa Dr Mahathir dengan suatu muslihat.

Tidak semudah itu sebenarnya jika anda faham keadaan sebenar negara ini. Negara ini sebenarnya sudah mulai dicengkam oleh pakatan kapitalis. Anda fikir parti politik boleh bergerak tanpa wang? Siapakah yang menyumbang dana kepada parti-parti pembangkang hari ini? Mereka adalah kroni-kroni setia Dr Mahathir yang berpaling tadah menyokong pembangkang. Kroni-kroni yang mendapat kekayaan daripada projek-projek kerajaan, yang kini menentang kerajaan kerana kerajaan tidak lagi tunduk kepada kehendak mereka.
Ya, politikus-politikus yang bergaduh hari ini sebenarnya hanyalah bidak-bidak catur kepada kapitalis-kapitalis ini.

Sumbangan-sumbangan dana ini sebenarnya adalah suatu bentuk perlaburan modal. Ia seperti perniagaan. Apabila parti yang mereka pertaruhkan itu menang, mereka akan menuntut bahagian mereka.

Ya, lupakan itu. Anda imaginasikan sendiri bagaimana ia berfungsi.

Apa pula agaknya kata Lim Kit Siang apabila disoal oleh bangsa Cina berkenaan pakatan DAP dengan Dr Mahathir?

“Bangsa Cina mesti bersikap pragmatik. Peduli sama orang Melayu, mereka sudah tidak boleh berfikir waras lagi kerana sudah dikuasai emosi marah yang kita tiupkan saban hari. Sekali ini kita gunakan Dr Mahathir untuk tumbangkan kerajaan. Selepas itu tahulah kita bagaimana mahu menguruskan hal-hal berikutnya. Yang penting kerajaan perlu ditumbangkan. Apabila kerajaan jatuh, semua parti Melayu akan memerlukan kita untuk membentuk kerajaan. Kitalah yang akan mencatur mereka selepas itu dan kita akan pastikan Umno tidak akan bangkit lagi selama-lamanya. Kita akan pastikan semua bangsa adalah memiliki hak yang sama di negara ini. Negara ini bukan Melayu yang punya kerana kita juga yang telah membangunkannya.”

Dalam kepala Lim Kit Siang, apa yang penting adalah tumbangkan UMNO terlebih dahulu. Selepas itu tahulah mereka mahu menguruskannya.

Bagaimana pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merengkok dalam penjara?
Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti tersepit, tetapi beliau tidak bodoh. Dialog-dialog ini yang mungkin bermain dalam mindanya.

“Gilakah aku untuk bersekutu dengan Dr Mahathir, individu yang menyumbat aku ke dalam penjara bertahun-tahun? Mana maruah aku? Tetapi, aku mestilah bersikap professional. Yang penting Umno ditumbangkan terlebih dahulu. Adakah Dr Mahathir fikir beliau akan terlepas selepas itu? Tidak. Aku akan gerakkan tokoh-tokoh tertentu untuk mendesak agar Dr Mahathir disiasat dan didakwa. Aku akan tunjukkan itu adalah sentimen yang rakyat mahukan… jika kemahuan rakyat ini tidak dipenuhi, aku akan persepsikan kerajaan baru ini akan tumbang dalam PRU akan seterusnya.”

Jalan Dr Mahathir sebenarnya semakin berliku-liku, perjuangannya mungkin akan berakhir kerana gagal membuatkan Datuk Seri berundur. Parti PPBM yang ditubuhkan beliau bukanlah tandingan untuk melawan Umno dalam pilihanraya, ia hanya sekadar untuk mengugut Datuk Seri Najib agar meletak jawatan, kerana beliau tahu Umno sukar ditumbangkan dalam pilihanraya, apatah lagi jika pihak pembangkang semakin berpecah-belah.

Jika ini benar-benar fiksyen, Datuk Seri Najib sebenarnya adalah Robin Hood yang popular dalam masyarakat Barat, iaitu seorang perompak yang menyamun orang-orang kaya untuk dibahagikan kepada orang-orang miskin yang hidup melarat. Bezanya beliau mengambil alih semula apa yang memang milik rakyat untuk dikembalikan kepada rakyat daripada kapitalis-kapitalis. Apa hak-hak rakyat itu, anda boleh membacanya dalam blog-blog politik yang banyak menulis tentangnya.

Jadi, anda boleh bayangkan apa sebenarnya yang terjadi selama ini adalah sangat ringkas: berkenaan bagaimana seorang bekas diktator tamak yang tidak berpuas hati dengan pengganti-pengganti beliau, lantas menggunakan pelbagai alasan untuk menjatuhkannya, termasuk bersekongkol dengan orang-orang bukan Islam yang sudah lama menunggu peluang, sementara itu rakyat juga turut diperkudakan untuk mencapai tujuan peribadi masing-masing..

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana