ANWAR MAHU SIASATAN DAKWAAN SHAFEE TERIMA WANG NAJIB...TANDA DEKAT PRU NI

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara mahu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, – peguam kanan yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes liwatnya, disiasat.

Ini selepas timbul dakwaan bahawa Shafee menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak melalui dua bayaran iatu pada 11 September, 2013 dan 17 Februari, 2014.

“Dakwaan yang dibuat Sarawak Report bahawa dana berjumlah RM 9.5 juta dari syarikat SRC International telah disalur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari akaun peribadi beliau ke dalam akaun peribadi peguam Umno Tan Sri Shafee Abdullah amatlah berat.

“Perkara ini perlu disiasat pihak berkuasa pada kadar segera.

“Apakah tujuan dana besar ini disalur oleh Najib kepada akaun peribadi seorang peguam swasta yang dilantik oleh kerajaan Najib untuk mengendalikan pendakwaan terhadap saya?” soal Anwar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui PKR.

Anwar, dalam nota berkenaan turut mempersoalkan siapa lagi yang turut menerima duit dari SRC International melalui akaun peribadi Najib.

Putrajaya, dalam satu keputusan yang mengejutkan pada 22 Julai 2013, melantik Shafee untuk mengetuai pasukan pendakwaan terhadap Anwar di Mahkamah Rayuan dan bukannya berdasarkan amalan konvensional yang bergantung kepada khidmat pendakwa raya.

Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014, membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas bekas timbalan perdana menteri itu.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb, 2015 mengekalkan keputusan bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Malaysiakini, yang tidak menyiarkan nama Shafee, dalam laporan Sarawak Report itu semalam, telah cuba menghubunginya untuk mendapatkan ulasannya melalui pelbagai saluran tetapi tidak berjaya.

Ketua Pemuda Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Abdul Rahman awal hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan itu dan menamakan Shafee Abdullah sebagai peguam yang menerima dana daripada Najib.

“Semua orang tahu bahawa Shafee adalah orang kepercayaan Najib dan hadir di rumahnya, ketika mesyuarat dengan Saiful berlangsung, tetapi bayaran lumayan kepada peguam itu adalah konflik kepentingan.
“Saya menyeru orang ramai supaya tampil bersama saya dan membuat laporan polis mengenai isu ini. Kita harus bersama-sama dan berjuang untuk membersihkan badan kehakiman,” katanya dalam satu kenyataan.

Syed Saddiq berkata walaupun kerajaan mempunyai kuasa untuk melantik seorang pendakwa raya luaran, namun bayaran hendaklah dikeluarkan oleh pihak kerajaan dan bukan perdana menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana