AMANAH YAKIN BOLEH MENANG DI KELANTAN...JANGAN MIMPILAH

Amanah bertindak balas dengan tindakan PAS untuk bertanding di kesemua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan dan menyahut cabaran tersebut.
Amanah bersama PKR dan PPBM bersedia bertanding di Kelantan sekali gus menerima cabaran PAS yang membuat keputusan untuk bertanding di kesemua DUN dan Parlimen negeri ini, kata Naib Pengerusinya, Che Ibrahim Mohamed.

Amanah tetap yakin, berdasarkan keputusan pilihan raya sebelum ini, termasuklah perkembangan semasa, PAS akan menghadapi satu suasana yang sukar untuk mempertahankan kerajaan yang sedia ada.

Kenyataan ini dibuat sebagai maklum balas kepada repson Timbalan Musyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob mengenai keputusan PAS untuk bertanding di kesemua kerusi DUN dan Parlimen di negeri ini.

Jika berlaku pertandingan tiga penjuru, bagi Amanah ia sebenarnya memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan kerana disokong oleh petugas dan penyokong tegar empat parti gabungan tersebut, berbanding PAS mahupun UMNO yang bergerak sendiri.

Beliau berkata, situasi ini akan menyebabkan pengundi tidak berparti lebih berminat dan cenderung untuk kepercayaan mereka kepada Pakatan Harapan sebagai peneraju baharu Kerajaan Kelantan untuk masa akan datang.

Lagipun menurut Amanah, bila berlaku pertandingan tiga penjuru, Pakatan Harapan hanya memerlukan sokongan 35 peratus pengundi untuk menang, sudah tentu penyokong-penyokong teras dari empat parti gabungan akan menjadi daya penarik dan mempunyai kekuatan tersendiri bagi membolehkan pengundi tidak berparti berpihak kepada Pakatan Harapan.

Nasihat mereka untuk PAS, Amanah Kelantan mengalu-alukan keputusan mereka itu dan tidak perlu lagi memikirkan soal PKR kerana ternyata PAS tidak mempunyai apa-apa hubungan politik secara rasmi dengan PKR kerana PKR adalah salah satu parti gabungan dalam Pakatan Harapan!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana