ADUN muflis...kerusi kawasan Nenggiri,Kelantan kosong

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Nenggiri di Gua Musang,Kelantan kini diisytihar sebagai kosong.

Pengumuman itu dibuat oleh Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub selepas penyandang Datuk Mat Yusoff Ab Ghani  (gambar atas) dari Barisan Nasional disahkan muflis.

Beliau memberitahu sidang akhbar di pejabatnya di Kota Bharu Khamis surat berkenaan diterima Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Selangor pada 28 Mei lalu.

Surat itu memaklumkan ADUN Nenggiri itu sudah muflis sejak 2013.

"Sebelum ini penasihat undang-undang Negeri Kelantan juga menerima surat sama pada 21 Mei 2017 yang memaklumkan kebangkrapan Mat Yusoff yang juga ADUN Nenggiri (N43).

"Mengikut Perkara 3 (1) Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Kelantan menyatakan seseorang itu tidak layak menjadi ADUN jika muflis yang belum diselesaikan lagi.

"Dengan ini saya sebagai Speaker Kelantan mengisytiharkan Mat Yusoff tidak layak menjadi ADUN akibat muflis," katanya.

Menurut Abdullah beliau sudah hantar surat maklumkan hal berkenaan kepada SPR negeri.

Difahamkan pilihanraya kecil tidak perlu diadakan kerana tempoh  ‘edah’ sudah dan pilihanraya negeri dan umum perlu diadakan dalam tempoh lebih setahun sahaja.

Mat Yusoff  menang besar masa pilihanraya umum lalu.Beliau yang dapat 6,654 undi menang dengan majority 3,849 menewaskan calon PKR Mohammad Azihan Che Seman  2,805 dan calon Bebas Abdul Aziz Mohamed 368 undi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana