1MDB bukti Najib lebih baik daripada Mahathir...Geng Munge Tak Boleh Baca Nanti Marah...Dedak Madey

Isu 1MDB menjadi senjata pihak pembangkang menyerang kerajaan terutamanya Datuk Seri Najib Razak. Mereka percaya dan yakin hanya isu ini boleh menjatuhkan Najib dan BN.

Tapi majoriti rakyat sebenarnya tidak faham isu 1MDB ini kerana sangat rumit. Maka, mereka bergantung sepenuhnya kepada ahli politik.Penulis ingin berkongsi dengan pembaca isu yang membelenggu 1MDB yang dikatakan senjata untuk menjatuhkan UMNO/BN.

1MDB menanggung hutang RM42 bilion.  Justeru, mereka melaksanakan rasionalisasi atau penyusunan semula untuk membayar hutang-hutang tersebut.

Ada tiga langkah diambil iaitu

Perjanjian Pertukaran Aset dengan IPIC bernilai USD6 bilion atau RM26 bilion (mengikut tukaran asing ketika itu)
Menjual saham dalam loji janakuasa Edra Energy Global Berhad bernilai RM10 bilion
Menjual 60% pegangan dalam Bandar Malaysia berjumlah RM7.4 bilion.

Langkah 2 telah selesai manakala langkah 3 sedang dalam penilaian semula. 1MDB bakal memperoleh RM17 bilion untuk bayar hutang. Tinggal lagi RM26 bilion untuk diselesaikan.
Hutang RM26 bilion atau USD6 bilion inilah maka timbul dakwaan Najib menerima sebahagian wang 1MDB yang dimasukkan dalam akaun peribadinya selain dakwaan wang 1MDB disonglap anak tiri Najib, Riza Aziz dan Jho Low.

Mari kita lihat hutang-hutang USD6 bilion antara 1MDB dan International Petroleum Investment Company (IPIC), milik kerajaan Abu Dhabi.

Bon prinsipal USD3.5 bilion
Kadar faedah masa depan (future bond interest) USD1.5 b
Wang tunai pendahuluan yang diberikan IPIC kepada 1MDB USD1b

Jadi 1MDB akan membayar hutang-hutang ini dengan cara

Mendapat balik deposit tunai USD3.5 b yang telah dibayar kepada Aabar BVI (anak syarikat IPIC)
Tebus semula Dana GIL USD1.5 b
Tebus semula unit dana Brazen Sky USD940 juta

Dengan cara ini 1MDB mampu membayar semula hutang-hutangnya tanpa mengeluarkan USD6 bilion  lagi atau pembayaran dua kali seperti yang didakwa YB Tony Pua.Dakwaan bahawa wang pembayar cukai atau hasil GST akan digunakan untuk membayar hutang-hutang ini juga tidak benar.

Mari kita lihat pula mengapa hutang-hutang ini menjadi kontroversi.

1MDB telah membayar deposit tunai USD3.5 bilion kepada Aabar BVI, tetapi IPIC kemudian mendakwa Aabar BVI bukan miliknya.

Akhirnya, kedua-dua pihak kini bersetuju untuk memulakan rundingan berhubung bayaran yang telah dibuat 1MDB kepada pihak-pihak yang terlibat.

Ia sekaligus mengelak pertikaian dibawa ke Timbang tara Antarabangsa dan hubungan baik Abu Dhabi- Putrajaya tidak terjejas.Besar kemungkinan wang yang telah dibayar kepada Aabar BVI akan dipulangkan semula kepada 1MDB.Logiknya  jika wang itu telah hilang seperti didakwa pakatan, bagaimana IPIC setuju untuk memulakan rundingan itu?

Dana GIL yang dilaburkan  1MDB berjumlah USD1.5 bilion pula dikaitkan dengan RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.Jika wang itu telah dibelanjakan seperti yang dilaporkan, bagaimana boleh 1MDB menebus  semula unit-unit dana yang telah dilaburkan dalam GIL itu?Tambahan pula, Menteri Luar Arab Saudi,  Adel Al-Jubeir  telah mengesahkan RM2.6 bilion itu sumbangan keluarga diraja Arab Saudi kepada Najib di atas sebab-sebab berkaitan agama Islam.

Ini diperkukuhkan dengan lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz yang membuktikan hubungan erat Najib dan keluarga Arab Saudi.Bagaimana pula dakwaan USD1.88 bilion  wang 1MDB disalurkan kepada Riza Aziz dan Jho Low yang memiliki kekayaan luar biasa?

Begini ceritanya, 1MDB melabur USD1.88 bilion dalam dana Brazen Sky. Hasilnya 1MDB mendapat keuntungan USD2.38 bilion – USD1.44 bilion telah ditebus semula untuk bayar hutang dan tinggal USD940 juta.Kalau USD1.88 bilion sudah hilang dan disalurkan kepada Riza Aziz atau Jho Low, bagaimana 1MDB boleh mendapat untung malah dapat tebus semula dana itu?

Mana logiknya dakwaan wang itu telah hilang?

Seperti rakyat Malaysia yang lain, penulis juga mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang menyebabkan kerugian dan kecuaian ini.Namun, untuk menyalahkan Najib 100% adalah tidak adil. Seumpama kita menghukum seorang bapa jika anaknya ditangkap kerana kesalahan moral.

Si bapa mungkin bersalah kerana tidak memberi pendidikan yang betul kepada anaknya tetapi dia tidak boleh dipenjarakan di atas kesalahan anaknya itu? Begitulah juga Najib…Bagaimana pula tokoh negarawan kita? Tun Dr Mahathir Mohamad yang bukan saja meninggalkan legasi pembangunan tetapi juga legasi hutang dan menyeleweng  wang rakyat untuk menyelamatkan kroni.

Sekurang-kurangnya Najib berusaha untuk mendapat balik wang 1MDB dan membayar hutang-hutang. Malah, beliau terbuka kepada siasatan PAC. Bermakna tiada apa yang mahu diselindungkannya.Berbeza jauh sekali dengan apa yang dilakukan negarawan kita, Mahathir, yang tidak melakukan apa-apa untuk mendapat semula wang rakyat yang digunakan untuk menyelamatkan kroni-kroninya?

Adakah pemimpin pakatan masih bising kesalahan-kesalahan  yang dibuat Mahathir?  Tidak, kerana Mahathir sudah jadi sebahagian daripada mereka untuk menentang UMNO dan BN.Rakyat Malaysia boleh nilaikan sendiri, adakah pendekatan pemimpin pakatan ini mulia atau hipokrit?

Dulu mereka yang menghasut rakyat membenci Mahathir dengan gelaran mahafiraun, bapa segala rasis,  perasuah, tapi sekarang jadi rakan baik disebabkan politik.  Hipokrit sungguh!Selama 23 tahun, Mahathir banyak menyelamatkan syarikat-syarikat kroni menggunakan wang rakyat seperti MAS, Perwaja, Renong selain mengkayakan orang-orang tertentu atas nama DEB dan penswastaan.

Anda hanya perlu Google untuk dapatkan senarai kesilapan Mahathir dan hampir kesemuanya dibangkitkan oleh pemimpin pakatan yang kini mengagung-agungkan Mahathir.

Benar, kesilapan Mahathir bukan tiket untuk menghalalkan kesilapan Najib. Namun , 1MDB boleh dijadikan kayu pengukur bahawa Najib lebih baik dan ikhlas berbanding Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana