Zaman Mahathir Malaysia patutnya sudah bengkrap

Pada lima tahun pertama dilantik sebagai Perdana Menteri, pentadbiran Dr Mahathir merekodkan kenaikan 235 peratus hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sebagaimana carta di atas. pada 1985, nisbah hutang kepada KDNK negara berganda kepada 103.4 peratus daripada hanya 44 peratus. Menambah beban kewangan negara, kebanyakan pinjaman dibuat Dr Mahathir ketika itu adalah dalam matawang asing.

Pada tahun itu, jika pendapatan negara adalah RM100, kita berhutang RM103.40, dan secara teknikalnya kita sudah bankrap.
Bagaimana Dr Mahathir mudah lupa akan hakikat ini?
Dibandingkan antara hutang kepada KDNK pada hari ini ialah 53.6 peratus, bermakna jika pendapatan negara adalah RM100 contohnya, kita hanya berhutang RM53.60.
Dan jangan lupa kepada kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa tiada kemelesetan.

Jika tiada kemelesetan, mengapa Dr Mahathir perlu merayu daripada Singapura, Jepun dan beberapa negara lain untuk meminjam wang?

Dan tentu sekali Singapura menolak permintaan itu memandangkan berdekad lamanya Dr Mahathir tak lekang menghentam Singapura.

Dr Mahathir kemudian mendakwa:
“Menyentuh isu pinjaman, Dr Mahathir menafikan telah membuat pinjaman yang banyak ketika pentadbiran 22 tahunnya sebagai Perdana Menteri.

“Tunjukkan bila saya meminjam wang. Saya hanya meminjam wang dari Jepun kerana tawaran mereka dengan faedah rendah iaitu 0.7 peratus dan bagi tempoh bayar balik selama 40 tahun.”
“Ia seperti wang percuma. Jika anda tidak meminjam, maka anda adalah bodoh. Maka dengan itu, saya pun meminjam,” katanya kepada portal iMoney.

Pada 1 Jun 1981, 100 Yen Jepun adalah sama nilai dengan RM1.06.

Ketika Dr Mahathir meninggalkan jawatannya pada 31 Oktober 2003, 100 Yen telah melonjak kepada 3.5 ganda iaitu RM3.49.
Memandangkan semua pinjaman dibuat Dr Mahathir bagi pihak semua rakyat Malaysia daripada Jepun, ia dibuat dalam matawang Yen dan peningkatan 3.5 ganda matawang Yen ketika zaman pentadbirannya menyebabkan ia satu beban yang amat mahal berikutan keengganan beliau untuk mengikat atau menguruskan kadar tukaran matawang bagi pinjaman itu.
Contohnya, pinjaman berjumlah RM50 bilion dalam YEN bermakna ia akan menjadi RM150 bilion.

Baru-baru ini menteri bertanggungjawab terhadap ekonomi, Datuk Abdul Rahman Dahlan turut mengesahkan perkara ini.

“Untuk makluman Dr Mahathir statistik terbaru Bank Negara menyatakan 97% hutang Malaysia dalam ringgit.

“Keputusan kerajaan untuk hanya meminjam dalam ringgit ialah kerana belajar daripada kesilapan lalu dalam pentadbiran Dr Mahathir,” katanya.

Rahman mendakwa Dr Mahathir meminjam dari Jepun dengan pinjaman dalam yen, namun peningkatan nilai yen menyebabkan kerugian kepada negara.

“Kerajaan pada masa ini bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan itu. Itu sebabnya hutang kerajaan dibuat dalam ringgit dan hanya terkesan daripada pergerakan pertukaran wang asing,” katanya.
Beliau turut menyelar “pembangkang yang diketuai DAP” kerana terus menerus menyatakan Malaysia akan bankrap.

“Kami hendak tanya Dr Mahathir mengapa Malaysia tidak bankrap ketika dia berhutang 2 kali ganda berbanding hutang sekarang, iaitu dari 44% kepada 103.4% nisbah hutang kepada KDNK pada 1986.

“Jika pada takat 103.4% kita tidak bankrap, bagaimana nisbah hutang kepada KDNK sekarang 54% akan menyebabkan Malaysia bankrap,” kata Abdul Rahman.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana