Zam bekas Menteri Penerangan yang gagal

Penulisan terbaharu Tan Sri Zainuddin Maidin yang melabelkan kononnya UMNO tiada masa hadapan membayangkan ketaksuban beliau kepada Tun Dr Mahathir Mohamed.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii berkata bekas Ahli Parlimen Merbuk itu yang dikenali Zam sudah terlupa asal-usul perjuangan ketika masih bersama parti keramat.

“Dahulu, beliau sering bertungkus lumus di meja berita bagi memberikan imej kehebatan negara di bawah UMNO.

“Sekarang beliau terlalu setia kepada bosnya yang pernah menerajui negara selama 22 tahun serta gagal membuat rampasan kuasa,” kata beliau dalam satu kenyataan Ahad.

Sebelum itu, Zam dalam blognya mendakwa jasa serta sumbangan UMNO sudah malap dikalangan rakyat susulan situasi semasa ketika ini.

Menurut Razlan lagi, hanya individu yang masih bersama dengan UMNO sahaja mampu memberikan penceritaan jelas tentang sumbangan parti keramat itu kepada rakyat untuk terus bersama.

“Oleh itu, usah bertanya kepada Zam dan bosnya yang suka berkongsi perkara negatif semata,” kata Razlan.

Tegas beliau, Zam disifatkan seorang bekas Menteri Penerangan yang gagal ketika berada dalam kabinet dan antara manusia yang tidak boleh menerima kekurangan diri sendiri.

“Jangan menuding jari dan berteriak kepada orang lain, sedangkan negara ini dibina ketika zaman anda menjadi menteri.

“Dan saya mengesa anda berhentilah menjadi penghasut melalui penulisan yang suka memecah belahkan rakyat negara ini,” kata Razlan lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana