Zaid Ibrahim kritik Azizah 'takut' nyatakan pendirian berkaitan hudud

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dikritik ahli baru DAP, Datuk Zaid Ibrahim selepas Presiden PKR itu tidak berani menjawab soalan berhubung hudud.

“Pemimpin Islam dalam Pakatan (kecuali Tun Dr Mahathir Mohamad) sentiasa takut menjawab soalan mengenai hudud. Wan Azizah ialah seorang daripadanya,” tulisnya dalam Twitternya hari ini.

Azizah sebelum itu diwawancara oleh agensi berita luar negara, Al-Jazeera berhubung pendiriannya berkaitan pelaksanaan hudud.

Azizah ketika ditemubual diminta untuk membuat kenyataan bahawa "tiada hudud, tiada rejam dan tiada potong tangan" jika ditakdirkan menjadi perdana menteri.

Jawapan ketua pembangkang itu ialah, "hudud tidak akan dilaksanakan kecuali semua keperluan untuk keadilan" dapat disediakan.

Ditanya sama ada jawapan itu membayangkan hukuman rejam akan diterima di Malaysia, Dr Wan Azizah menjawab: "Tidak dalam tempoh terdekat".

Zaid berkata, mereka yang mahu menjadi pemimpin sebuah negara berbilang bangsa dan agama perlu bersedia mempertahankan institusi dan undang-undang sekular.

Bagaimanapun, katanya, pemimpin Islam dalam Pakatan Harapan tidak memahami undang-undang dan dasar kerajaan perlu digubal berdasarkan konsep tunggal, iaitu Perlembagaan negara ialah sekular.

Ahli DAP itu berkata, hanya sebuah negara sekular boleh memastikan rakyat menikmati kebebasan dan mempunyai pilihan sendiri, tetapi bukannya undang-undang agama.

Khamis lalu, Majlis Syura Ulama PAS mengambil ketetapan untuk menamatkan kerjasama dengan PKR disebabkan 3 pelanggaran oleh parti reformasi itu, termasuk menentang sebahagian agenda Islam yang dibawakan PAS seperti rang undang-undang dibawakan parti Islam itu untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

Wan Azizah dalam responsnya pada Jumaat lalu langsung tidak mengkritik PAS, sebaliknya menggesa semua “parti politik progresif” untuk menyelamatkan Malaysia.

Katanya, PKR sentiasa menyokong sebarang usaha untuk memperkasa undang-undang syariah.

Ketua pembangkang itu berkata, PKR “mendukung secara prinsip usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah seperti yang ditegaskan kenyataan media Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 April 2017”.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana