WOWWWW.....LELAKI CINA BAWA IBU LIHAT KEMERIAHAN SAMBUTAN UMNO KE-71....

Disebalik ratusan ribu kunjungan ahli UMNO pada sambutan ulang tahun parti ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, terdapat dua susuk janggal yang turut serta dalam majlis meraikan parti Melayu berkenaan.

Ken Chow, 43 dan Ibunya Lee Yoke Hua, 73 sangat menonjol dalam kalangan pengunjung kerana jelas kedua-duanya merupakan bangsa Cina, menghadiri sebuah majlis parti Melayu.

Mengenakan baju t-shirt sambutan ulang tahun UMNO ke-71 berwarna merah seperti ahli-ahli UMNO lain, Ken, lapor New Straits Times, sangat teruja untuk merasai sendiri kemeriahan sambutan berkenaan.

“Kami langsung tidak berasa janggal, walaupun kami tidak melihat kelibat orang Cina di sini, kita semua rakyat Malaysia.

“Seronok rasanya untuk bersama-sama dan bersuai kenal dengan rakyat Malaysia lain,” ujarnya.

Ken dan ibunya yang tiba seawal 10 pagi berkata beliau ada mengajak saudara-maranya untuk turut serta pada sambutan berkenaan namun kerana kesibukan kerja, mereka tidak dapat hadir.

“Sekurang-kurangnya saya dapat berbual dengan warga tua, yang rata-ratanya juga menunggu sepanjang hari menanti majlis tersebut bermula,” tambahnya.

Sambutan ulang tahun UMNO ke-71 semalam dihadiri 150,000 ahli UMNO, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) penyokong kerajaan.

Sepanjang tempoh sambutan berkenaan, UMNO turut menganjurkan Ekspo Pemuda UMNO serta Karnival WOW sebagai selingan kepada program kemuncak.

Gimik perasmian sambutan kali ini menyaksikan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang diiringa naibnya, Khairul Azawan Harun dan 2,000 sukarelawan berlari masuk ke dalam Stadium Nasional Bukit Jalil membawa bersama bendera Sang Saka Bangsa.

Kemuncak kepada sambutan berkenaan adalah ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib merangkap Pengerusi BN berkata, kerajaan BN sentiasa berpegang kepada permuafakatan dan semangat parti-parti komponen yang mewakili kaum-kaum lain.

“UMNO bukan parti rasis, perkauman dan jauh sekali melampau.

“Kita sanggup bermuafakat, bekerjasama dan berkongsi kuasa dengan rakan-rakan dalam BN,” ujarnya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis berkenaan.

Hadir sama pada majlis berkenaan, bekas Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi

Berdiri dibelakang Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketua-ketua sayap UMNO serta pemimpin parti lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana