WANITA PKR PERLU BELAJAR TERIMA JENAKA – PEMUDA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN

Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mempertahankan ketuanya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam isu pakaian wanita dengan menasihatkan Wanita PKR supaya belajar untuk menerima jenaka.

Ketuanya, Razlan Rafii berkata, sayap wanita PKR perlu belajar untuk menerima jenaka selepas ketua mereka Zuraida Kamaruddin mengecam Tengku Adnan, yang merupakan Menteri Wilayah Persekutuan, susulan saranan meminta agar wanita mengenakan “pakaian lusuh” bagi mengelak gangguan.

“Jika kita hidup dalam dunia yang PKR adalah pemimpin kita, kita tidak lagi akan melihat suasana humor di Malaysia,” kata Razlan dalam satu kenyataan.

Dalam kehidupan PKR, dakwa Razlan, hanya akan wujud persekitaran yang sangat “serius” selain hanya perbincangan bagi parti itu mencapai cita-cita politik.

Pada Kongres Wanita PKR semalam, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang mendakwa Tengku Adnan “memesongkan” kaum wanita.

“Apakah jenis menteri akan mengatakan begitu?” kata beliau dalam ucapannya yang disusuli dengan tindakan perwakilan memegang sepanduk mengecam kenyataan Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional berkata demikian semasa sesi Transformasi Negara 2050 (TN50) di ibu negara minggu lalu.

Dalam kenyataan media berasingan semalam, Zuraida menyindir ahli-ahli Puteri Umno supaya berpakaian sopan susulan saranan Tengku Adnan itu.

Kata beliau, sekiranya ahli-ahli Puteri Umno masih berhadapan dengan masalah jenayah termasuk gangguan seksual, mereka boleh menyertai PKR di mana ahli-ahlinya berpakaian sopan.

Zuraida berkata, dalam Wanita PKR kaum wanita berpakaian sopan dan mengelakkan gangguan kerana lelaki nakal tidak mengganggu wanita yang bermaruah, yang yakin diri mereka sendiri.

Beliau menyertai pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang mengkritik Tengku Adnan, yang mencadangkan kepada seorang ahli Puteri Umno Wilayah Persekutuan yang mengemukakan soalan pada dialog TN50, supaya berpakaian ‘comot’ bagi mengelakkan dirinya daripada diganggu.

“Awak ini cantik sangat, lain kali pakai comot-comot sikit,” kata beliau menjawab soalan ahli itu yang bimbang dengan jenayah yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Dalam kenyataannya, Razlan berkata, Wanita PKR “terlalu tegang” dan wajar melihat dengan mendalam video bagi mengetahui konteks kenyataan Tengku Adnan.

“Mereka perlu melihat klip dengan betul dan melihat sama ada ia satu kenyataan yang serius atau jenaka.

“Dalam hidup ini, kita perlu sentiasa ceria. Jika kita mengadakan dialog, mesti ada jenaka terlalu supaya mereka (peserta) tidak bosan.

“Jika kita sentiasa tegang seperti Wanita PKR, kita akan menjadi tua dengan cepat,” kata beliau. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana