WAN AZIZAH ‘SENYAP’ ISU EXCO PAS...TAKUT BEBBB

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memilih untuk menjarakkan diri daripada krisis kerajaan negeri Selangor dan hubungan parti itu dengan PAS apabila merasmikan kongres tahunan parti itu sebentar tadi.

Sebaliknya beliau mempertahankan kerajaan negeri pimpinan DAP di Pulau Pinang dan pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Selangor sebagai negeri contoh.

Dalam ucap tamanya Wan Azizah menyifatkan kerajaan dua negeri itu sebagai contoh untuk di teladani dan menyifatkan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai konspirasi politik untuk menganiaya beliau.

Guan Eng menghadapi pertuduhan rasuah berhubung penukaran status sebidang tanah dan pembelian banglo di bawah harga pasaran untuk kegunaan peribadinya.

Mungkin yang lebih mendukacitakan perwakilan ialah keengganan Wan Azizah untuk memberi sebarang petunjuk jelas mengenai kedudukkan tiga exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

Selepas mengarahkan semua lantikan politik PKR di Kelantan meletak jawatan, pimpinan PKR di lihat berubah nada dan mahu mengadakan rundingan dengan PAS mengenai tiga exco parti itu dalam pentadbiran Azmin.

PAS menegaskan sungguhpun parti itu menamatkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR, tiga exco dan ratusan lantikan politik lain di Selangor tidak akan meletak jawatan.

Dalam ucapannya sebentar tadi, Wan Azizah enggan merungkai kemelut itu yang jelas memberi tekanan kepada hubungan parti itu dengan DAP, Amanah dan PPBM.

Sebaliknya beliau cuba menarik perhatian perwakilan kepada persiapan parti itu untuk menghadapi pilihan raya umum ke 14.

“Maka dengan itu saya mengarahkan setiap (PKR) negeri melaksanakan 300 ceramah, dialog, aktiviti….dalam masa tiga bulan akan datang,” kata beliau.

Tidak ada pemimpin PAS hadir pada Kongres PKR kali ini, mencerminkan hubungan tegang antara dua parti itu.

Antara yang hadir ialah Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini cuba meraih sokongan parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. -AP
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment