WAN AZIZAH KATA DR M HAMPIR MINTA MAAF, TAPI DR M PULA KATA DIA TAKKAN MINTA MAAF!

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hampir-hampir ingin membuat permohonan maaf diatas pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Ditanya mengenai kesediaannya untuk bekerjasama dengan individu yang pernah memenjarakan suaminya, kurang 20 tahun lalu, Wan Azizah tidak menjawab secara jelas dan seperti yang dijangkakan, Ketua Pembangkang itu hanya memberi ‘jawapan selamat’.

“Kita kena lihat jauh daripada itu. Kita tidak perlu tunggu untuk dia minta maaf.

“Apa yang penting dia (Dr Mahathir) sudah datang (untuk bekerjasama) dan dia hampir mengaku bersalah, dan kini dia sudah bersama dengan kita (pembangkang),” ujarnya dalam temubual rancangan Up Front oleh stesen televisyen Al Jazeera.

Namun, berbeza bagi Dr Mahathir, dalam temubual sehari selepas bual bicara Wan Azizah, bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Presiden Pakatan Harapan itu menegaskan beliau tidak akan sesekali membuat permohonan maaf kepada Anwar.

“Kami pernah bercakap buruk mengenai satu sama lain. Saya tidak meminta orang lain untuk memohon maaf kerana memanggil saya dengan pelbagai gelaran dan menuduh saya melakukan pelbagai salah laku.

“Apa yang sudah berlaku sudah berlalu dan kita tidak boleh meminta maaf tentang apa yang sudah berlaku pada masa lampau,” ujarnya dalam temubual media Australis, SBS World News.

Pemenjaraan Anwar pada 1998 didakwa oleh bekas Perdana Menteri adalah diatas kesilapannya sendiri kerana meliwat bekas pemandunya sebelum itu, lantas Dr Mahathir menyifatkan individu yang tidak bermoral seperti itu tidak layak diangkat sebagai Perdana Menteri.

Hal itu juga menjadi alasan kepada Dr Mahathir untuk menggugurkan Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan serta Timbaan Presiden UMNO.

Rancangan bual bicara Up Front, dihoskan oleh Mehdi Hasan dalam pada itu turut bertanya kepada Wan Azizah samaada beliau sangat terdesak untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir yang disifakan pengacara berkenaan sebagai dalang kepada pemenjaraan timbalannya suatu masa dahulu.

“Sudah tentu tidak (terdesak). Lihat disini, Mahathir yang datang kepada kami menunjukkan betapa teruknya Najib Tun Razak. Orang yang Mahathir sendiri pilih untuk menjadi Perdana Menteri.

“Itu merupakan indikasi kita perlukan perubahan. Perubahan kerajaan sangat diinginkan oleh Malaysia,” katanya.

Didalam temubual berkenaan, Wan Azizah banyak menghindari daripada menjawab pelbagai soalan, dan penganalisis politik, Raja Petra Kamaruddin melihat Wan Azizah banyak kali menyimpang daripada topik asal ditanya oleh pengacara program tersebut.

Mengulas mengenai isu permohonan maaf oleh Dr Mahathir, Raja Petra kemudian merujuk kembali kepada Wan Azizah dan Anwar samaada kedua-dua pemimpin PKR itu pernah memaafkan Dr Mahathir.

“Seolah-olah seperti Wan Azizah membayangkan (tanpa menyebut), bahawa mereka sudah memaafkan Mahathir, jadi mereka perlu menyatakannya dan bukan sekadar membayangkan sahaja.

“Jadi, adakah Anwar dan Wani Azizah sudah maafkan Mahathir? Cakaplah!” tegas blogger berkenaan.

Ikuti penjelasan lengkap Raja Petra menerusi artikel Wan Azizah’s disastrous Aljazeera interview.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana