Walau digertak... PAS ulangi ikrar tolak kerjasama dengan Pakatan

Tun Mahathir Mohamad menggunakan taktik lama beliau mengertak untuk memperolehi apa yang beliau hajati. Cuma dulu beliau berkuasa dan kini tanpa kuasa.

Dalam komentar terbarunya, Mahathir mengertak PAS yang katanya menjadi punca BN tidak dapat ditumbangkan kerana tidak mahu menyertai Pakatan Harapan.

Mahathir kemudian mendakwa PAS adalah punca pembangkang kalah dengan BN pada pru akan datang.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan parti itu tidak akan menyertai Pakatan sebaliknya sedang memperkasakan blok pembangkang ke-3 bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata ada pihak tertentu dalam Pakatan cuba menimbulkan isu kerjasama PAS dan UMNO di mana maklumat itu tidak tepat dengan harapan PAS akan menyertai pakatan tersebut.

"Mereka berharap PAS menyertai Pakatan, namun kita tidak akan bersama mereka.

"Ini kerana prinsip yang dibawa PAS sering kali ditentang beberapa kumpulan dalam pakatan itu," katanya pada Jumaat.

Tuan Ibrahim juga membidas pemimpin tertentu dalam Pakatan yang menuduh PAS bekerjasama dengan UMNO untuk menghadapi PRU14 termasuk berhubung pengagihan kerusi untuk ditandingi.

"Sebagai pemimpin, kalau kita percaya dengan maklumat yang dikutip di tepi jalan maka tidak layaklah menjadi pemimpin.

"Sepatutnya mereka mendapatkan maklumat yang betul," katanya sambil menegaskan PAS tidak menjalin sebarang kerjasama politik dengan Umno.

Selain Mahathir, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendakwa kononnya PAS mungkin akan mencapai kata sepakat dengan UMNO untuk tidak melawan satu sama lain di kerusi sama pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Muhyiddin berkata, tindakan PAS itu membuktikan pendirian mereka sama ada berdiri atas blok ketiga ataupun bersama dengan UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana