Wakil rakyat DAP 'miskin' tagih simpati kerajaan BN

Indah khabar dari rupa... masa berkempan sembang kencang, ramai yang keliru tapi lepas menang terpaksa mengadap kerajaan yang mereka kutuk hari-hari untuk tagih simpati.

Ini kisah benar di rata-rata kawasan yang wakil rakyatnya bukan daripada ADUN BN.

Menurut Menteri Utiliti Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, berkata wakil rakyat terbabit memohon bantuan kewangan daripada kerajaan negeri yang dipimpin BN.

Beliau yang juga Setiausaha Agung BN Sarawak, berkata perkembangan itu jelas memperlihatkan pembangkang, khususnya DAP, semakin terdesak dalam usaha mengotakan janji ditabur mereka kepada rakyat dalam pilihan raya sebelum ini.

"Kita dimaklumkan ada enam wakil rakyat DAP bertemu Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg, baru-baru ini untuk mendapatkan peruntukan bagi Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

"Ia jelas membuktikan politik diterajui mereka selama kni hanya 'omong kosong' tanpa memiliki keupayaan kewangan yang utuh bagi melaksanakan agenda pembangunan untuk kawasan dan rakyat," katanya.

"Mungkin rakyat, khususnya pengundi tidak mengetahuinya tetapi inilah yang sebenarnya berlaku. "Tidak mungkin pembangkang mampu menjayakan pembangunan dirancangkan tanpa bantuan kerajaan negeri dikuasai BN.

"Namun, susah tentu Ketua Menteri atas kapasitinya sebagai Pengerusi BN Sarawak perlu meneliti terlebih dahulu permintaan pembangkang sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana