Video Pegawai Lim Guan Eng Ditampar Depan Masjid Kerana Kurang Ajar

SIKAP kurang ajar melampau terhadap agama Islam sememangnya tidak dapat diterima oleh rakyat dalam negara kita. Hari ini kita menyaksikan pegawai Penerangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad, ditampar peserta himpunan aman membantah campur tangan kerajaan negeri tersebut dalam isu fatwa di Masjid Simpang Enam, Georgetown, 2.30 petang semalam.

Himpunan aman itu bertukar kecoh apabila dikatakan Zaidi cuba melakukan provokasi terhadap Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

Tindakannya itu dihalang beberapa peserta sebelum seorang daripada mereka yang berang menampar mukanya secara tiba-tiba.

Perhimpunan itu kemudian berjaya disuraikan secara aman pada 2.40 petang.

Dalam perkara ini, kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat melampau apabila cuba melakukan provokasi terhadap umat Islam yang bakal menyambut bulan Ramadhan esok. Tambah menyedihkan pula terdapat segelintir orang Melayu sanggup menjadi balaci DAP bagi menyusahkan orang Melayu yang lain.

Insiden ini dilihat sebagai satu permulaan yang membuka mata kita bahawa DAP hanya menyusahkan bangsa Melayu dan agama Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana