UNTUK INFO!!!! BAHAYA MAKAN MAGGI PADA KESIHATAN

Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang berjimat.

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu, sebenarnya mee segera itu kurang sihat jika kita sering amalkan dan memakan pada kuantiti yang banyak secara berterusan.

Kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bukan itu sahaja, mee segera juga boleh menjejaskan kesihatan orang yang memakannya.

Pertama, masalah penghadaman. Mee segera mengambil masa yang agak lama untuk dihadam. Jika diambil dengan terlalu kerap, mi segera boleh mengakibatkan sistem penghadaman anda tidak berfungsi dengan baik.

Kedua, kegagalan buah pinggang untuk berfungsi. Kegagalan buah pinggang berfungsi adalah akibat pengambilan sodium di dalam makanan yang terlampau tinggi, lebih dari keperluan badan. Secara mudahnya, sodium inilah yang berfungsi untuk membantu otot dan saraf berfungsi. Namun jika terlebih, akan mula memudaratkan buah pinggang.

Ketiga, pening kepala dan pedih ulu hati. Semua mungkin tahu mengenai kandungan MSG (monosodium glutamate) yang tinggi di dalam mi segera. MSG berfungsi untuk “menambah rasa” namun dalam masa yang sama, ada di kalangan anda yang sebenarnya alergik terhadap bahan ini.

Keempat, melemahkan fungsi ketahanan badan. Anda pernah jumpa orang yang makan mi segera yang sentiasa cergas? Kebanyakan bahan perasa di dalam mi segera adalah tidak sihat dan apabila badan tidak mendapatkan nutrisi yang cukup, ini akan melemahkan sistem ketahanan badan.

Kelima, tekanan darah tinggi. Apa lagi yang anda mahu jangkakan jika imbangan diet dan kandungan perasa mi segera yang menjangkaui apa yang badan anda perlukan. Ini akan membawa kepada beberapa penyakit yang berkaitan dengan kagagalan badan berfungsi dengan baik. Jika anda terus menerus makan mi segera, kolestrol tinggi, diabetes dan juga penyakit jantung bakal datang bertandang.

Apa pun, kurangkan kebiasaan memakan mee segera terutama bagi mereka yang masih bersekolah. Ianya tidak sesuai dijadikan makanan kegemaran atau makanan rutin harian. Selain menggugurkan rambut, ianya mampu memberi penyakit berbahaya dalam jangka masa yang panjang. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana