Umur Sudah 32 Tahun Tapi Masih Mahu Menyusu....

Pada usia 32 tahun, jika di gambarkan dengan seorang manusia, inilah detik ketikanya seseorang itu mencapai apa sahaja yang diinginkan dalam hidupnya. Sukar untuk kita melihat pada usia sebegini, seseorang manusia itu hidup bergantung kepada kedua ibu bapa masing-masing apatah lagi membawa botol susu kehulu dan kehilir.

Namun, lain pula halnya dengan Proton Holding Berhad. Sejak ditubuhkan pada tahun 1985, sehingga hari ini, walaupun sudah di biarkan bebas menerusi penswastaan, namun Proton langsung tidak mampu untuk berdikari. Setiap kali ada masalah, pasti akan ada proposal berjela-jela di hantar kepada kerajaan untuk meminta bantuan kewangan.

Situasi ini mungkin kita boleh ibaratkan sebagai umur sudah mencecah angka 32 tahun, namun untuk hidup dan mencari makan sendiri pun tidak mampu. Bergerak bebaslah kemana sahaja mereka pergi, setiap kali tiba bulan Mac, pasti Proton akan menagih “susu” daripada kerajaan. Dalam hal ini, Proton langsung gagal untuk berubah menjadi sebuah syarikat yang matang dalam menjalankan urusniaga.

Kadang kala, kerajaan pun tahu akan erti bosan mengeluarkan belanja yang besar untuk menolong Proton saban tahun. Bak kata orang tua-tua, di beri betis, peha pula yang dimahunya. Atas sebab inilah kerajaan merasakan adalah wajar buat Proton memilih sendiri rakan kongsi untuk meringankan beban yang ditanggung. Kerajaan hanya mencadang namun Proton sendirilah yang memilih dan memuktamadkannya.

Ianya seumpama seperti cadangan orang tua untuk menjodohkan anak masing-masing apabila meningkat dewasa. Mana mungkin sepanjang masa kedua ibu bapa kena memberi susu dan belanja kepada anak. Keadaan itu pasti akan menyebabkan sianak naik lemak dan langsung tidak tahu erti berdikari.

Apabila Proton memilih Geely sebagai rakan kongsi (selera China), secara tiba-tiba, ramai pula yang meroyan. Ramai pula yang mengandaikan bahawa kerajaanlah yang bertanggungjawab menjual Proton kepada Geely walhal kerajaan hanya mecadangkan dan menjadi orang tengah dalam perbincangan berkenaan.

Jika melihat status Proton hari ini, sepatutnya kerajaan tidak perlu campur tangan dalam sebarang urusan yang melibatkan Proton. Tetapi, atas dasar tanggungjawab dan kasih sayang mendalam terhadap Proton, kerajaan sanggup menjadi orang tengah bagi memastikan “ikatan perkahwinan” berkenaan menjadi nyata.

Justeru, kenapa perlu meratapi “perkahwinan” Proton dan Geely ini? Bukankah ianya membawa lebih kebaikan kepada Proton itu sendiri daripada membiarkan Proton asyik “menyusu” sahaja kepada kerajaan? Atau mungkin sahaja mereka yang marahkan penjualan saham Proton ini mungkin akan turut berlapar akibat kehilangan “susu” yang mereka hirup sejak 32 tahun yang lalu?

Kini, biarkan sahaja Proton dan Geely melayari kehidupan “rumahtangga” mereka dengan aman. Sampai bila datuk kepada Proton ini mahu mengatur cara kehidupan Proton sedangkan kehidupan datuk itu sendiri kini berada dalam “masa kecederaan”?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana