UMNO TAK AKAN TERJEJAS WALAUPUN TANPA SOKONGAN MAHATHIR....ORANG RAMAI SUDAH NAMPAK SIAPA MADEY NI

Walaupun pakatan pembangkang menganggap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai suntikan baru kepada pembangkang, namun tidak bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Ini kerana UMNO tidak akan terjejas walaupun tanpa sokongan bekas perdana menteri itu.

“Dr Mahathir secara sukarela berdiri bersama pembangkang, memberikan kepercayaan kepada mereka dan menghilangkan keraguan di kalangan mereka yang berhati-hati terhadap pembangkang.

“Dan beliau bukan berbuat demikian untuk suka-suka atau untuk menjadi hebat,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kini menyertai DAP, Datuk Zaid Ibrahim.

Sejarah penubuhan UMNO menyaksikan pelbagai pemimpin parti keluar daripada parti, namun UMNO tetap bertahan sehingga sekarang. Itulah yang ditegaskan oleh Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menyifatkan penyertaan bekas Presiden UMNO itu, bekas Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal ke dalam blok pembangkang tidak akan memberi sebarang kesan kepada parti.

Ini kerana UMNO sudah sering berdepan cabaran dan halangan, namun akhirnya berjaya melangkau setiap cabaran berkenaan.

“Kita pernah mengalami keadaan sama sebelum ini, apabila pengasas UMNO Datuk Onn Jaafar meninggalkan parti.

“Terdapat juga insiden (sama) dengan Ahmad Fuad Hassan, bekas pengerusi biro agama (yang keluar parti dan menjadi Pengerusi dan Presiden PAS yang pertama pada 1951), Tengku Razaleigh Hamzah (keluar UMNO pada 1987 sewaktu krisis dalaman) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (yang disingkirkan oleh Dr Mahahtir diatas dakwaan sodomi dan rasuah),” kata Zahid.

Dalam pada itu Zahid turut mengulas lanjut krisis UMNO, beliau menafikan berlaku pertelingkahan dalam kalangan ahli dan pemimpin pada waktu ini sepertimana yang didakwa oleh beberapa pihak.

“Sekarang gendang perang sudah berbuyi, ahli UMNO perlu mempraktikkan modul latihan yang diberikan untuk mengukuhkan parti.

“Saya merupakan pengerusi program Keris 2314 (program pengukuhan parti), yang akan tamat pada Ogos nanti.

“Saya telah memalu gendang perang semenjak dua tahun lepas untuk menaikkan semangat kebersatuan dalam kalangan pemimpin UMNO disetiap peringkat. InsyaAllah, kali ini, semangatnya berbeza berbanding PRU13 dan PRU12.

“Malah, saya tidak rasa Perdana Menteri sebagai Pengerusi Barisan Nasional akan menangguhkan lagi pilihan raya sementara menunggu sambutan ulang tahun parti ke-72,” kata Zahid.

Keris 2314 merupakan program meningkatkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) dengan ’23’ bermaksud dua pertiga majoriti dan ’14’ merujuk kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sementara itu, beliau mengatakan UMNO bersedia berdepan apa jua kemungkinan selepas PAS memutuskan menubuhkan blok kedua pembangkang selepas Pakatan Harapan.

“Realitinya PAS mempunyai kekuatannya tersendiri yang mana telah digunakan oleh parti pembangkang lain (sewaktu pilihan raya sebelum ini). Kini, Pakatan Harapan tidak lagi boleh mengambil kesempatan terhadap PAS.

“Kami menghormati keputusan PAS untuk bergerak bersendirian daripada Pakatan Harapan. UMNO bukan sahaja pernah berdepan pertembungan tiga penjuru, malah lebih teruk.

“Tetapi kita terus kekal dihadapan dan kita menggesa rakyat terus menyokong usaha parti,” kata Zahid.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana