UMNO serah pada ahli tentukan kerjasama politik dengan PAS

Keputusan sama ada UMNO perlu mengadakan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PAS hanya boleh ditentukan ahli parti serta akar umbinya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata perkara itu bukan tertakhluk kepada keputusan kepemimpinan parti sebaliknya suara majoriti ahli parti.

Katanya, UMNO dan PAS sememangnya sudah mengadakan kerjasama membabitkan Islam dan kepentingan ummah.

"Namun, dari segi kerjasama politik atau tahaluf siyasi bersama PAS itu, bukan untuk saya selaku Naib Presiden mahu pun Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, yang berhak menentukan agenda sebegitu besar.

"Ahli UMNO serta akar umbi yang perlu tentukan sendiri sama ada kita perlu bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana