UMNO kesal gagal halang negarawan khianati parti

Meskipun UMNO telah dilihat berjaya mengharungi selama 71 tahun sebagai sebuah parti yang membela nasib orang Melayu, tetapi parti itu masih dibelenggu rasa kesal kerana gagal menghalang bekas Presiden daripada belot dan menentang parti tersebut.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa kesal apabila seorang bekas Presiden parti yang disanjung telah melakukan pengkhianatan kepada parti.

“Sayang sama sekali sayang, dengan kesusahan payah UMNO dan BN memajukan dan membawa kemajuan kepada orang Melayu dan juga negara, bekas Presiden yang pernah puluhan tahun memimpin kita telah menentang kita.

“Sungguh tidak disangka seorang negarawan tergamak membuat khianat menentang parti kita,” ucapnya pada
majlis sambutan Hari Ulang Tahun UMNO ke-71 di Stadium Bukit Jalil, pada Khamis.

Najib yang juga Perdana Menteri membidas Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana sanggup bersekongkol dengan musuh ketat UMNO iaitu DAP demi mencapai kepentingan peribadinya.

“Beliau sanggup menjilat ludah, berdamping dan mencium mulut dengan musuh untuk memerangi parti UMNO yang dipimpin beliau puluhan tahun.

“Dulu beliaulah yang mendidik kita untuk membenci DAP, parti yang perkauman, tetapi kini beliau bersekongkol dengannya menentang kita,” jelasnya.

Dalam pada itu Najib memuji langkah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersedia mengamalkan politik matang dengan UMNO dan tidak akan menentang apabila melibatkan perkara yang berkaitan dengan Islam dan Melayu.

“Kerjasama UMNO dan PAS adalah kerjasama politik yang cukup matang, kita tidak berkelahi tetapi kita akan bekerjasama kepada perkara yang membabitkan kepentingan Islam dan Melayu,” katanya.

Beliau turut menamakan Abdul Hadi sebagai berkata seseorang boleh mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik, tetapi mesti bersatu dalam apa yang baik untuk rakyat.

Najib kemudiannya membidas PKR dengan berkata beliau mendengar berita PAS memutuskan hubungan secara rasmi dengan parti itu hari ini.

Perhimpunan disertai kira-kira 200,000 ahli dan penyokong parti itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Hadir sama Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; barisan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana