UMNO Dah Lama Tahu DAP Anti Islam – Sohaimi

“Saya mengucapkan tahniah kepada PAS yang akhirnya sedar akan dasar serta perjuangan sebenar DAP dan rakan sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR),” kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan.

Kata beliau, PAS baru kini jelas bahawa musuh yang utama dan nyata adalah DAP sedangkan UMNO-Barisan Nasional (BN) sejak dulu sudah sedar tentang ancaman parti cauvinis itu terhadap negara dan Islam.

Menurutnya, PAS juga baru sedar iaitu PKR hanya mampu mengikut telunjuk DAP walaupun kesucian agama Islam terancam kerana bagi PKR matlamat utama mereka adalah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“UMNO-BN sejak dulu konsisten seperti mana diperkatakan sendiri oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini bahawa DAP adalah sebuah parti anti Islam, bersifat perkauman anti Melayu dan Cauvinis.

“Begitu juga PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), UMNO-BN sejak dulu konsisten bahawa PKR tiada agenda perjuangan untuk rakyat melainkan usaha membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat begitu juga PPBM adalah terhasil daripada kekecewaan individu yang kononnya sebelum ini menggelarkan dirinya ‘UMNO totok’,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Muktamar PAS ke-63 yang bersidang semalam sebulat suara meluluskan usul memutuskan hubungan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan PKR.

Usul dibentangkan wakil Dewan Ulama PAS Pusat, Zulkifli Ismail itu mendapat sokongan padu lebih 1,000 perwakilan yang hadir pada muktamar tersebut selepas Pengerusi Tetap parti Hussein Ismail bertanyakan sama ada bersetuju atau tidak sebanyak tiga kali, yang diiringi jawapan setuju daripada perwakilan.

Zulkifli dipetik berkata: “Hari ini kita berdepan dengan rakan tahaluf yang mewujudkan gelombang fahaman sekular dan sosialis dan gelombang ini sangat bahaya. Mereka (PKR) merupakan rakan tahaluf yang menikam Islam daripada belakang dan telah banyak berlaku pelanggaran syarat tahaluf.” – MYNEWSHUB.CC

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana