Tun M tak pernah sayang negara - Pesuruhajaya PAS Perak....Yang Penting Untuk KRoni dan ANak Beranak DUlu

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu mendakwa dirinya itu menyayangi Malaysia jika 'kerosakan' yang ada pada hari ini berpunca dari bekas perdana menteri itu.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata demikian mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam, bahawa kerjasamanya bersama DAP adalah kerana sayangkan negara.

"Apa yang dikatakan sayang negara kalau (kerjasama) dengan DAP? Jika sayangkan negara beliau bekerjasama dengan PAS. Punca kerosakan ini datang daripada tangannya.

"Dr Mahathir sendiri pun tidak sayang negara. Ketika beliau memerintah dahulu apa yang dilakukannya? Kes Forex beliau tak kisah. Kes Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF) beliau tak kisah. Dan sebahagian besar dari anak-anak syarikat (GLC) diberikan kepada kroni-kroni. Apabila gagal, beliau ambil duit dari Khazanah Negara untuk 'bail out'," katanya kepada Antarapos, hari ini.

Semalam Dr Mahathir mendakwa tindakan bekerjasama dengan DAP, yang pernah menjadi sekutunya dahulu dilakukan kerana sayangkan negara.

Meskipun sedar akan penentangan daripada banyak pihak, termasuk tuduhan beliau mengkhianati kaum Melayu, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bertegas bahawa Malaysia memerlukan satu bentuk pentadbiran yang lebih baik.

Beliau menambah pembangkang tidak mampu untuk menang secara bersendirian di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, sehubungan itu memerlukan kerjasama dan gabungan yang besar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana