Tun M hanya 'berlakon' setuju Anwar dibebas...POlitik Wayang Madey

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani petisyen supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara disifatkan sebagai lakonan semata-mata.

Bekas pemimpin DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim percaya bekas Perdana Menteri itu 'sanggup' melakukannya kerana percaya Anwar tidak akan bebas dengan mudah.

"Walaupun beliau (Dr Mahathir) menandatangani petisyen bebas Anwar, tetapi beliau tahu ia tidak boleh terjadi.

"Maka pada pendapatnya, apa salahnya. Tandatangan sahajalah," katanya kepada Antarapos, hari ini.

Tunku Aziz memberi reaksinya terhadap tindakan Dr Mahathir menandatangani petisyen supaya Anwar dibebaskan dari penjara, selepas menghadiri perasmian Kongres Nasional Tahunan PKR Kali ke-12, semalam.

Dr Mahathir sering dituduh sebagai individu yang bertanggungjawab atas pemenjaraan Anwar atas kesalahan liwat pada tahun 1999.

Calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan (PH) disepakati oleh PKR, DAP dan Amanah untuk menaikkan Anwar, namun tidak bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Dr Mahathir, selaku Pengerusi PPBM pernah berkata perkara berkenaan perlu diputuskan hanya jika pembangkang memenangi pilihan raya bagi mengelakkan perbalahan sesama komponen PH.

'Kurang minat' Mahathir terhadap Anwar sebagai perdana menteri juga terserlah ketika perasmian kongres PKR semalam, apabila beliau dilihat 'sibuk' dengan telefon bimbitnya ketika pemimpin PKR, DAP dan Amanah mengangkat plakad menyokong Anwar.

Tunku Aziz ketika mengulas juga berkata tindakan Dr Mahathir itu dilakukan atas kepentingan politiknya.

"Mungkin beliau rasa tak rugi, tetapi ini hanya sementara waktu sahaja," ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana