Tun M berselindung di sebalik tindakan 'pertahan' Muhyiddin - Kamarulazman

Tun Dr Mahathir Mohamad hanya berselindung di sebalik tindakannya 'mempertahankan' Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Bekas pengasas PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman mendakwa tindakan tersebut ekoran pengerusi parti itu tidak mahu dirinya dikaitkan secara langsung dengan desakan pelbagai pihak supaya Muhyiddin segera melepaskan jawatannya.

Menurutnya lagi, desakan supaya Muhyiddin berundur adalah demi merealisasikan cita-cita Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk diangkat sebagai presiden PPBM.

Mukhriz yang juga anak Dr Mahathir kini memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PPBM.

"Kita tahu mengapa Dr Mahathir sebut begitu kerana beliau tidak mahu dikaitkan bahawa orang yang suruh Muhyiddin letak jawatan itu adalah disuruh oleh Dr Mahathir atau direncanakan oleh Tun M kerana hendakkan Muhkriz menjadi Presiden.

"Namun hakikatnya, sama ada Dr Mahathir suruh atau tidak, namun (Datuk Seri) Mukhriz ada cita-cita untuk menjadi presiden. Dan cara untuk menjadi presiden sangat tidak mengikut saluran yang sepatutnya," demikian menurutnya ketika dihubungi Antarapos.

Kamarulazman mengulas tindakan Dr Mahathir, pada dua hari lalu, yang mempertahankan Muhyiddin berikutan timbulnya desakan dari dalam parti supaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu melepaskan jawatannya selaku Presiden PPBM.

Dr Mahathir juga menepis dakwaan beliau digunakan Muhyiddin bagi tujuan kepentingan kedua-dua belah pihak.

Bekas perdana menteri itu menyifatkan desakan itu timbul kerana mahu menggagalkan perjuangan PPBM.

Pelbagai isu melatari parti serpihan Umno itu, dengan perkembangan mutakhir ini yang menyaksikan parti itu dilanda krisis dalaman.

Bulan lalu pengasas PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman mengumumkan keluar parti kerana mendakwa wujud budaya 'kasta' dalam parti selain kecewa dengan hala tuju parti yang dilihat terpesong.

Terbaru, Exco Srikandi, Zulaiha Sidek mengumumkan peletakan jawatan beliau, kelmarin kerana mendakwa sudah hilang kepercayaan terhadap PPBM Perak yang kini bergolak.

Turut mengumumkan peletakan jawatan ialah Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Gopeng, Aflatuniah Md. Norani.

Malah baru-baru ini dilaporkan beberapa ahli PPBM dari Perak yang diketuai Ketua Pendaftar PPBM Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar pula mendesak Muhyiddin supaya meletak jawatan.

Kenyataan Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman yang mengakui wujud kemelut dalam parti itu, mengesahkan sememangnya parti yang berusia kurang setahun itu sedang bergelut dengan krisis dalamannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana