“TUAN IBRAHIM, UMNO DAH JAGA ISLAM SEMENJAK PAS BELUM WUJUD!!!”

Seperti yang kita semua sedia maklum, kalau hendak cari siapa pemimpin PAS yang menggalas “tugas-tugas” yang ditinggalkan oleh Mat Sabu, Salehuddin Ayub atau Khalid Samad, rujuklah kepada kenyataan-kenyataan dari Tuan Ibrahim Tuan Man, watak yang terkenal dengan “sumbangannya” yang secara tidak langsung menyingkirkan Ustaz Nasharuddin Mat Isa pada pemilihan muktamar pas 2011.

Dalam saat rakyat berasa selesa dengan harmoni yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak, Tuan Ibrahim tidak habis-habis dengan sikapnya yang hampir mirip kepada golongan-golongan yang telah disingkirkan dari PAS. Acapkali, kenyataannya tetap ingin memburuk-burukkan UMNO. Mungkin padanya, politik itu adalah segalanya dan tidak mengira tempat dan masa.

Kali ini, Tuan Ibrahim cuba untuk memburuk-burukkan UMNO lagi, dengan dakwaan kononnya UMNO tidak boleh diharap dalam membela Islam.

Untuk pengetahuan Tuan Ibrahim, sejarah mematrikan bahawa UMNO wujud pada 1946, sedangkan PAS yang berstatus serpihan, wujud pada 1955. Tidaklah mahu melukakan hati rakan-rakan PAS, namun rasanya semua orang tahu kenapa PAS itu wujud. Itu fakta. Dan sepanjang penubuhan UMNO, jika Tuan Ibrahim rajin, cari dan hitunglah jumlah masjid yang dibina oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional, dan hitung juga berapa buah masjid yang dibina oleh PAS. Itu asas kepada usaha untuk mengembangkan syiar Islam.

Itu belum diambilkira bagaimana usaha UMNO, memperlembagakan secara bertulis dan hitam putih, bahawa agama Islam adalah agama persekutuan. Usaha yang sangat selaras dengan tamadun masakini. Pelbagai lagi usaha dilakukan untuk memartabatkan Islam, sehinggalah kini, negara kita mempunyai Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.

Andai disebabkan kerajaan memilih untuk mengekalkan usul RUU355 sebagai usul persendirian, apakah ia bermakna kerajaan tidak memelihara Islam? Lihat sahaja reaksi mereka-mereka yang membantah usul RUU355 untuk dibentangkan, bagaimana kesyaitanirrajiman mereka kepada kerajaan gara-gara bentangan usul dari Hadi Awang itu?

Jika benar Tuan Ibrahim berpegang kepada kenyataannya, maka jika selepas ini, kesemua ahli parlimen UMNO menyokong pindaan RUU355 itu nanti, apakah Tuan Ibrahim sudi membawa usul kepada partinya sendiri untuk membubarkan PAS kerana terbukti UMNO sememangnya boleh diharap, sekaligus membuktikan PAS sudah tidak lagi relevan. Beranikah?

Nampaknya, seringkali Tuan Ibahim dilihat tidak senada dengan presidennya, yang memilih untuk berterima kasih dengan kerajaan kerana “memberi laluan” kepada RUU355 di parlimen tempoh hari.

Penulis masih ingat, antara jawapan yang diberikan oleh Dr. Zakir Naik ketika ditanya tentang hudud. Beliau menjawab “mengapa perlu bertelagah tentang soal perlaksanaan hudud, sedangkan silaturrahmi (perpaduan) sesama Islam perlu terlebih dahulu diberi perhatian”.

Dan penulis rasa, Tuan Ibrahim Tuan Man tidak pernah memperhalusi apa yang tersirat dalam kenyataan Dr. Zakir Naik itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana