Tiga cadangan logo baru Pakatan Harapan kena kondem…loGO maCAM iNI kAH?

Bos-bos Pakatan Harapan mungkin rasa tiga logo cadangan yang hendak mereka gunakan bersama untuk pilihanraya umum ke 14 sudah cukup best.

Namun ketika berita ini ditulis, kalau ikut komen-komen setakat tengahari Rabu kira-kira selepas enam jam ia dimuatnaik oleh Rafizi Ramli di facebook untuk undian nampak gaya mereka kena perah otak lagi.

Kebanyakan komen menyifatkan tiga logo berkenaan ‘ tidak menarik’.

Naib Presiden PKR itu memberitahu tiga logo cadangan itu telah disenarai pendek oleh pimpinan Pakatan pada mesyuarat mengenainya.

Kata Rafizi mereka bercadang untuk mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan logo yang menjadi pilihan ramai.

Dua logo berkenaan memaparkan lakaran sama dengan perkataan ‘Harapan’.Cuma ia mengunakan dua warna latar belakang berbeza – satu merah dan satu kuning.

Logo ketiga mengunakan warna merah putih dengan tanda jari dan perkataan ‘ Pakatan Harapan’.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana