TIDAK BOLEH MOHON SEMULA KERAKYATAN – KDN...NAK SANGAT RASAKAN LAH...ADA SESIAPA LAGI NAK KELUAR MALAYSIA KER?

Kerajaan tidak akan membenarkan permohonan semula kerakyatan negara ini bagi individu yang melepaskan status itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata Perlembagaan Malaysia menegaskan rakyat di negara ini hanya boleh memegang satu kerakyatan sahaja.

Beliau berkata, warga Malaysia juga tidak dibenarkan memiliki taraf kerakyatan negara luar secara serentak.

“Kalau rakyat Malaysia tidak maklumkan kepada kementerian status pemilikan kerakyatan negara luar sama ada sebagai rakyat atau Pemastautin Tetap (PR), kita tidak tahu.

“Rakyat di negara ini boleh memiliki status PR negara luar. Kalau mereka memiliki dua kerakyatan, mereka akan diarahkan membuat pilihan membatalkan salah satu kerakyatan itu,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas isu seorang wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon, yang dilucutkan keanggotaan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak, hari ini kerana memiliki dua kerakyatan, Malaysia dan Australia.

Tiong Choon dilaporkan memegang kewarganegaraan Australia, malah turut didaftarkan sebagai pengundi di sana.

Sementara itu, dalam laman sesawang KDN memaparkan rakyat Malaysia boleh kehilangan taraf kewarganegaraan melalui dua keadaan yang diperuntukkan Perlembagaan iaitu Tolakan (Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan) dan Perlucutan Taraf Kewarganegaraan (Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan).

Proses melucutkan taraf kewarganegaraan seseorang dijalankan dengan persetujuan individu berkaitan melalui surat tunjuk sebab mengapa berbuat demikian (mempunyai dua kerakyatan) kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana